Shahidan suruh Zahid cermin diri, patut dipecat daripada UMNO

November 7, 2022 · Politik

Veteran politik dalam UMNO Datuk Seri Shahidan Kassim berkata parti itu sepatutnya mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mengkhianati keputusan ‘Top 5’ dalam pemilihan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengulas keputusan UMNO untuk memecatnya Shahidan berkata Zahid tidak perlu memberi amaran kepadanya sebaliknya beliau yang perlu ‘cermin’ dirinya sendiri dan bertanya adakah beliau ikhlas dalam memperjuangkan parti.

“Sewajarnya Presiden UMNO yang dipecat kerana dirinya sendiri yang buat khianat disebabkan tidak ikut keputusan Top 5.

“Apa hebatnya dia (Zahid) dan kita takut parti ini (UMNO) memberi perlindungan kepada perasuah seperti dia berdasarkan apa yang dia beritahu dalam perhimpunan MIC baru-baru ini.

“Dia menyatakan bahawa Timbalan Presiden UMNO, MCA dan MIC perlu beri kemenangan kepada BN kerana mereka semua akan dihadapkan ke mahkamah atas kes rasuah yang mereka dijangka hadapi,” kata Shahidan.

Mengulas lanjut, Shahidan yang mempertahankan kerusinya di Parlimen Arau pada PRU-15 ini atas tiket Perikatan Nasional (PN) berkata beliau berasa pelik melihat tidak banyak calon BN yang secara naratifnya memperakukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri BN.

“Semua parti termasuk PN, Pakatan Harapan (PH) sudah menyatakan calon Perdana Menteri masing-masing seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun puak (BN) ini bagaikan senyap dan tidak berani untuk menyatakan pendirian mereka,” katanya menurut Harian Metro.

Menurut Shahidan beliau tidak peduli sekiranya dipecat daripada UMNO.

Katanya beliau sedang giat menjalankan gerakan bagi memartabatkan perpaduan ummah menerusi undi UMNO, PAS dan Bersatu di Parlimen Arau dan negeri Perlis.

“Kempen berjalan dengan lancar dan sebagaimana saya sudah sebutkan bahawa Insya-Allah gerakan untuk memartabatkan perpaduan ummah menerusi UMNO, PAS dan Bersatu duduk di bawah satu bumbung sedang diusahakan.

“Insya-Allah kita akan mula gerakan di Arau di mana orang UMNO, PAS dan Bersatu akan sokong saya dan ini akan menampakkan bahawa jumlah yang kita dapat nanti bahawa orang mahu kepada perpaduan ummah di Arau,” katanya.

Beliau yang juga penyandang kerusi tersebut berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui melakukan kempen secara santai bertemu pengundi di Kampung Mengkuang Layar, Tambun Tulang, di Arau, hari ini.

Dalam PRU kali ini, Shahidan berhadapan dengan cabaran daripada calon Barisan Nasional Datuk Rozabil Abd Rahman dan calon muda PH, Fatin Amelina Fazlie bagi kerusi Parlimen Arau.

Berita berkaitan
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
1 jam lalu· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
PRN: MCA, MIC tarik diri, Zahid nafi hubungan bermasalah
July 6, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
6 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok