Shahidan setuju seruan Zahid ahli jangan bertelagah di media sosial

September 18, 2022 · Politik

Ketua UMNO Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa ahli parti di semua peringkat supaya mengelak pertelingkahan di media sosial, sebaliknya fokus memerangi musuh parti.

Beliau berkata mereka harus bijak menggunakan media sosial untuk menentang komen negatif dan fitnah pembangkang.

“Saya bersetuju sepenuhnya dengan seruan Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) supaya ahli parti tidak bergaduh sesama sendiri dalam media sosial tetapi menggunakannya untuk menentang musuh.

“Apa yang kita boleh lihat sekarang ialah perang politik di pelbagai platform media sosial.

“Sebagai orang parti, kita mesti pandai dan pantas untuk menangkis dan menentang sebarang elemen yang boleh menjejaskan kekuatan parti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Belia Negara peringkat Labuan di Kompleks Taman Kewangan di Labuan, hari ini.

Shahidan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata UMNO secara keseluruhannya kekal padu walaupun ‘sedikit’ pergaduhan dalaman masih wujud.

Beliau berkata seruan Zahid perlu didengari oleh semua ahli demi kepentingan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Shahidan optimis PRU-15 akan menyaksikan kebangkitan UMNO di seluruh negara.

“Pencapaian BN, yang memerintah negara selama bertahun-tahun, telah mendorong rakyat untuk kembali kepada kita,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
22 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok