Shahidan kata Zahid pecah belah ummah, tetap tanding di Arau

November 2, 2022 · Politik

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim mengecam Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyifatkan Presiden UMNO itu sebagai individu yang memecahbelahkan ummah.

Serentak itu, beliau yang tidak terpilih mempertahankan kerusi Parlimen Arau yang dimenangi sejak empat penggal lalu, bertegas akan tetap bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

“Beliau sepatutnya berhenti sebagai presiden (UMNO) kerana memecahbelahkan ‘ummah’,” katanya menggunakan istilah yang kerap digunakan PAS dan Perikatan Nasional (PN) dalam isu perpaduan ummah.

Kenyataan beliau itu menyusul pengumuman dibuat Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahawa kerusi Parlimen P003 Arau akan ditandingi calon baharu Rozabil Abd Rahman.

Beliau turut menyelar Zahid kerana menamakan calon yang bukan berasal dari Arau untuk kerusi itu.

Bagaimanapun, Shahidan yang juga Ketua UMNO Bahagian dan bekas Menteri Besar Perlis memberitahu media bahawa beliau belum memutuskan akan bertanding atas tiket parti mana.

Namun untuk rekod walaupun PN telah menamakan dua daripada tiga calon kerusi Parlimen Perlis, malam tadi (1 November 2022), tetapi calon kerusi Arau yang diperuntukkan kepada PAS belum diumumkan.

Tidak menolak kemungkinan, Shahidan juga sama seperti Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang turut digugurkan, akan bertanding atas tiket PN.

Ini kerana, Shahidan yang menyifatkan beliau sebagai calon boleh menang, dilihat lebih mesra PN, terutama PAS, sehingga pernah memberi amaran kepada Zahid supaya tidak menolak Bersatu.

Beliau juga adalah antara yang memainkan peranan dalam memberikan sokongan kepada Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin ketika 15 ahli Parlimen UMNO diketuai Zahid mengkhianati kerajaan PN.

Mengulas lanjut, Shahidan dilaporkan berkata beliau akan berunding dengan akar umbinya terlebih dahulu mengenai parti yang akan ditandinginya di Parlimen Arau.

“Saya calon yang boleh menang, saya akan bertanding. Saya akan bertanya kepada akar umbi mengenai tiket yang mana untuk bertanding di kerusi ini. Saya akan memilih parti yang menuju ke arah perpaduan nasional,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok