Shahidan, Ismail diisytihar secara rasmi calon PN Arau dan Maran

November 3, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) malam tadi (3 November 2022) secara rasmi mengisytiharkan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, akan mempertahankan kerusi Parlimen Arau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Pengumuman rasmi itu dibuat Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pada majlis perisytiharan calon-calon PN yang akan bertanding di kerusi Parlimen Terengganu, yang diadakan di Masjid Rusila, Marang.

Shahidan yang juga penyandang kerusi Parlimen Arau sebelum ini digugurkan oleh UMNO.

Turut diisytiharkan ialah calon PN bagi Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib yang akan bertanding di Parlimen Maran, Pahang. Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut digugurkan daripada senarai calon UMNO/BN.

Pada majlis itu, PAS memperkenalkan lapan calon Parlimen yang mewakili PN yang menggunakan simbol bulan.

Berikut adalah calon PN Terengganu:

P33 Besut
Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (muka baharu)

P34 Setiu
Shaharizukirnain Abd Kadir (Penyandang)

P35 Kuala Nerus
Datuk Dr Alias Razak (muka baharu ADUN Bukit Tunggal)

P36 Kuala Terengganu
Datuk Ahmad Amzad Hashim (Penyandang)

P37 Marang
Tan Sri Abdul Hadi Awang (Penyandang)

P38 Hulu Terengganu
Datuk Rosol Wahid (Penyandang)

P39 Dungun
Wan Hassan Mohd Ramli (Penyandang)

P40-Kemaman
Che Alias Hamid (Penyandang)

Calon Perikatan Nasional bagi kerusi Parlimen Terengganu yang akan bertanding menggunakan logo PAS.

Berita berkaitan
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
10 jam lalu· Politik
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
19 jam lalu· Isu semasa
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
19 jam lalu· Politik
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
19 jam lalu· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
October 3, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai penting sebagai isyarat jelas kepada kerajaan gagal: Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan
11 jam lalu · Politik
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
11 jam lalu · Politik
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
24 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
5 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok