Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid

March 27, 2023 · Politik

Pasport Datin Seri Rosmah Mansor juga perlu dikembalikan sama seperti diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Cadangan pemulangan pasport kepada isteri Datuk Seri Najib Razak itu dilontarkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat hari ini selepas keputusan mahkamah membenarkan pasport kepada Zahid dikembalikan secara kekal bukan sementara.

“Kalau sekiranya kita bagi kepada TPM, kita kena bagi juga kepada Datin Seri Rosmah. Datin Seri Rosmah dapat pasport sementara… Setuju tak Tampin? Kita bagi kepada Rosmah?

“Kita bagi, mana boleh kita tak bagi. Kenapa boleh bagi kepada TPM, kat Rosmah tak bagi? Kasihan kat Rosmah dan juga rakyat Malaysia yang lain,” katanya di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa kemudian mencelah: “Tampin hanya mempercayai dari sudut undang-undang. Kalau undang-undang kata begitu, reda sajalah,” katanya.

Shahidan kemudian berkata: “Yang Berhormat, ini saya cadangkan supaya pasport antarabangsa diberi kepada semua, bukan kepada individu tertentu sahaja.

“Saya menyokong supaya diberi kepada semua sebab ini Madani…Madani maksudnya bagi kepada semua,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Rayuan memulangkan Zahid semula pasport antarabangsa dan diplomatiknya secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong.

Sementara itu, pada Selasa lalu, Rosmah dibenarkan untuk mendapatkan pelepasan sementara pasportnya bagi membolehkan dia berlepas ke Singapura bagi melawat anak perempuannya dan seorang daripada cucunya yang tidak sihat.

Pasport Rosmah diserahkahkan kepada mahkamah pada 2019 selepas dia didakwa atas pertuduhan rasuah.

Pada 1 September tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid RM1.25 bilion.

Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, yang berjalan serentak, bermakna dia hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun; di samping denda RM970 juta, yang jika gagal dibayar akan boleh membawa kepada hukuman penjara 30 tahun.

Rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan hukuman itu akan didengar pada Julai depan.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
6 jam lalu· Rencana
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
8 jam lalu· Politik
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu· Politik
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu· Isu semasa
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
11 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
13 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
15 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
16 jam lalu · Politik
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
53 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok