Shahidan azam tamatkan karier politik MB Perlis, kuasai DUN

November 11, 2022 · Politik

Calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berazam memastikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man daripada UMNO, tumbang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Pada masa sama juga, bekas Ketua UMNO Bahagian Arau itu akan ke Bintong untuk berkempen bagi memastikan kerusi DUN Bintong tidak lagi dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

Shahidan berkata, dalam usahanya untuk memastikan kemenangan Perikatan Nasional di Parlimen Arau, beliau juga mahu parti gabungan yang diwakilinya turut menguasai DUN Bintong yang sekali gus menjadi penamat karier pentadbiran kerajaan negeri bagi Azlan.

“Matlamat kita adalah untuk ‘jatuhkan’ Menteri Besar dengan dahsyatnya kerana dia melanggar keputusan UMNO Bahagian berhubung isu pemilihan calon dan saya akan ke Bintong selepas ini untuk berkempen dan menceritakan keadaan yang sebenarnya.

“Sebelum ini, UMNO Bahagian Arau dengan terang mencadangkan lima nama sebagai calon Parlimen dan DUN Arau, namun nama yang dihantar itu tidak terpilih,” katanya menurut BH.

Semalam, Azlan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, menyifatkan Shahidan adalah pengkhianat kerana memilih meninggalkan parti dan berjuang dengan Perikatan Nasional.

Penyandang kerusi DUN Bintong itu juga mempersoalkan sama ada Shahidan ikhlas berjuang untuk parti selama ini atau sekadar dengan menggunakan platform UMNO dan BN demi kepentingan diri sendiri semata-mata.

Sejak kebelakangan ini, Shahidan secara lantang sering mengkritik kepimpinan Azlan yang dilihat menjadi ‘pak turut’ kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dengan mendakwa Menteri Besar itu mengamalkan sikap ‘warlord’ untuk menjatuhkannya, selain mengganggu sistem politik di negeri ini.

Pada PRU-15 ini, Shahidan yang akan mempertahankan kerusi itu untuk kali kelima akan berhadapan dengan saingan tiga penjuru menentang calon BN, Datuk Rozabil Abdul Rahman dan calon muda Pakatan Harapan (PH), Fathin Amelina Fazlie.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
22 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
22 jam lalu· Politik
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
15 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok