Shahidan ajak rakyat Perlis tolak BN, sokong calon Perikatan Nasional

November 5, 2022 · Politik

Bekas ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahidan Kassim mengajak rakyat Perlis mengundi calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November ini.

Pemimpin veteran UMNO itu yang bertanding atas tiket PN bagi kerusi Parlimen Arau juga mengajak rakyat negeri itu tidak mengundi BN yang membawa calon dari luar negeri itu, termasuk di Parlimen Padang Besar, serta Arau.

Menurutnya, ia bagi membuktikan penduduk di Perlis mampu diketengahkan terutama dalam kepimpinan di peringkat kawasan bukannya calon yang sering ‘berpindah-randah’.

“Orang Arau, saya minta pilih calon tempatan… termasuk di Padang Besar… calon dari KL (BN)… yang di Arau (BN letak) calon daripada Pulau Pinang.

“Orang Perlis pun ramai pemimpin, ramai tokoh hebat dan berwibawa, elok pilih calon tempatan, sebab calon luar seringkali datang dan pergi. Kalau dia (orang luar yang bertanding di Perlis) hebat, bertandinglah tempat sendiri… kenapa cari tempat orang?,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Proses Penamaan Calon Parlimen Arau di Dewan Harumanis, Politeknik Tuan Syed Sirajuddin di Arau hari ini (Sabtu, 5 November 2022).

Dalam pada itu, Shahidan menzahirkan keyakinan bahawa beliau dan calon Perikatan Nasional di kesemua DUN dalam Parlimen Arau akan menang.

Katanya, ia sekali gus membawa kepada perubahan kerajaan baharu dengan jangkaan tiga lagi DUN di Parlimen Kangar serta beberapa DUN dalam Parlimen Padang Besar, berjaya dirampas.

Secara berseloroh, Pengerusi PN Perlis yang juga calon DUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli bermungkinan akan dipilih menjadi Menteri Besar yang baharu sekiranya sasaran itu berjaya dicapai.

“Di Arau, lima DUN, saya yakin kita menang dan Parlimen (ini juga) kita menang. Di Perlis kita akan menang dengan cemerlang, kita jangka dapat tiga kerusi daripada Kangar, (dengan itu) sudah boleh perintah negeri. Cikgu Shukri bakal jadi MB, (20 November boleh) menghadap Tuanku,” katanya.

Terdahulu, Parlimen Arau yang disebut-sebut sebagai salah satu kerusi panas bagi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon daripada Perikatan Nasional, BN dan PH.

Ketiga-tiga calon berkenaan adalah penyandang kerusi itu, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini bertanding atas tiket PN, Datuk Rozabil Abdul Rahman (BN) dan calon berusia 28 tahun yang ditampilkan Pakatan Harapan, Fathin Amelia Fazlie.

Pengumuman itu dibuat pada jam 12.15 tengahari oleh Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Arau, Abdul Malek Hassan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
15 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok