Shafie salahkan Anwar, tamak kuasa punca kerajaan PH tumbang

November 3, 2022 · Politik

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengalihkan senjatanya dengan menyalahkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 lalu.

Presiden Parti Warisan itu berkata pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pembangkang bekerjasama di bawah panji-panji PH untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) sekali gus membawa gelombang harapan untuk pembaharuan negara.

“Ramai pengundi luar negara membayar tiket penerbangan untuk pulang hanya untuk mengundi. Harapan memang besar ketika itu, tetapi selepas pilihan raya, tiada pembaharuan,” katanya ketika berucap sebelum pengumuman calon Warisan di Kota Kinabalu hari ini (Khamis, 3 November 2022), menurut The Star.

Shafie berkata satu-satunya pembaharuan adalah “ketamakan” mereka sendiri dan kemaruk kuasa.

Beliau berkata ketika Anwar di penjara, PH menang tetapi apabila dia keluar, gabungan itu mula kalah.

Menurutnya pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pakatan pembangkang, tetapi PH rela mengorbankan apa yang mereka ada hanya untuk menyingkirkan bekas perdana menteri itu.

“(Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) hilang jawatan (sebagai TPM), Lim Guan Eng hilang kerja, dan ramai lagi,” kata Shafie.

Beliau berkata PH sanggup mempertaruhkan semuanya hanya untuk memastikan Dr Mahathir tidak kekal sebagai perdana menteri.

“Anda boleh memusnahkan gabungan hanya kerana tamak dan menandatangani memorandum untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (UMNO) menjadi perdana menteri. Di manakah kejelasan dalam fikiran kita?” dia tanya.

Shafie berkata bagi Warisan, parti itu tidak gila dengan jawatan perdana menteri atau timbalan perdana menteri, sebaliknya mereka mahu mendapatkan kembali hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau menyeru pengundi menolak calon yang hanya mementingkan kuasa dan kepentingan peribadi mereka.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
47 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok