Shafie menang tanpa bertanding Presiden Warisan

August 15, 2022 · Politik

Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Parti Warisan (Warisan), kata Setiausaha Agung parti itu Loretto Padua Jr.

Beliau yang mengesahkan perkara itu berkata Mohd Shafie satu-satunya nama yang dicalonkan bagi jawatan presiden untuk pemilihan parti yang dijadual diadakan pada Perhimpunan Agung Tahunan Warisan 2021 pada 26 hingga 27 Ogos ini, lapor Bernama.

Loretto berkata dalam pencalonan yang ditutup pada 7 Ogos lepas, Ahli Parlimen Penampang Datuk Darell Leiking juga menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden Warisan apabila menjadi satu-satunya calon bagi jawatan itu.

“Dalam perlembagaan parti kita ada tiga jawatan Naib Presiden, dan hanya tiga orang menghantar pencalonan jadi mereka juga menang tanpa bertanding,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong di sini hari ini.

Beliau berkata tiga naib presiden parti itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan Datuk Dr Jaujan Sambakong, ADUN Tanjong Aru Datuk Junz Wong dan Bendahari Agung Warisan Terrence Siambun.

Loretto berkata 20 jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) akan dipertandingkan pada perhimpunan itu dan pihaknya telah menerima 50 pencalonan untuk jawatan berkenaan, namun hanya 40 calon layak bertanding jawatan berkenaan.

“Jawatan dilantik pula kita ada Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penerangan, dua Naib Presiden dan 11 AMT akan dilantik,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata mesyuarat AMT hari ini memutuskan untuk menggantung tiga bahagian parti itu iaitu Lahad Datu, Kota Marudu dan Beaufort berikutan beberapa isu berlaku pada mesyuarat agung dan pemilihan peringkat bahagian parti berkenaan pada awal bulan ini.

“Lahad Datu dan Kota Marudu kita gantung mereka kerana dalam menganjurkan mesyuarat agung itu ada beberapa perkara agak bercanggah dengan peraturan yang ada, kekecohan dan pergeseran berlaku tetapi kita boleh kawal ketenteraman di dua bahagian ini.

Dua bahagian ini kita gantung pentadbirannya dan diurus secara terus daripada ibu pejabat. Beaufort tidak mengadakan mesyuarat agung mereka setelah didapati ada perkata-perkara yang tidak lengkap di bahagian tersebut,” katanya menambah Warisan mempunyai 25 bahagian di Sabah dan satu bahagian di Labuan.

Beliau berkata tiga bahagian itu dijangka mengadakan mesyuarat agung selepas Perhimpunan Agung Tahunan Warisan 2021 nanti, dan perwakilan daripada tiga bahagian itu akan hadir sebagai pemerhati pada perhimpunan berkenaan yang dijangka dihadiri 5,000 orang ahli parti.

Mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15, Mohd Shafie berkata Warisan telah menyusun perancangan dan jentera, namun sehingga kini masih belum memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen yang akan ditandingi kelak.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok