Shafie kecewa tiada ADUN Warisan dilantik dalam kerajaan negeri Sabah

January 12, 2023 · Politik

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kecewa apabila tiada satu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan yang dilantik dalam kerajaan negeri Sabah selepas rombakan Kabinet diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Presiden Warisan itu tidak dapat menerima keputusan Hajiji yang tidak melantik ADUN Warisan dalam Kabinetnya walaupun sudah disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Parti Warisan telah memberi sokongan penuh kepada saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari 2023 untuk pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan di Sabah.

“Saranan itu juga mendapat persetujuan dan sokongan daripada UMNO dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang turut hadir pada pertemuan itu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Shafie mendakwa Hajiji membelakangi saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan melanggar persetujuan serta kesepakatan yang telah dicapai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang itu turut berkata, penubuhan secepat mungkin sebuah Jawatankuasa Khas juga ditetapkan bagi merungkai butiran berkaitan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Sabah yang bertujuan untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.

“Namun, semalam majlis angkat sumpah ahli jemaah menteri baharu Sabah telah berlangsung walaupun ia tidak menggambarkan satu Kerajaan Perpaduan.

“Sekali gus, tindakan Hajiji telah membelakangi saranan Perdana Menteri dan melanggar persetujuan dan kesepakatan yang telah dicapai,” katanya.

Katanya lagi, kemelut politik di Sabah akan dapat diatasi dengan adanya persetujuan dan kesepakatan untuk menubuh satu kerajaan perpaduan di Sabah yang terdiri daripada semua parti yang mengganggotai kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Ini akan dapat mengatasi kemelut politik di Sabah dan seterusnya memantapkan pemerintahan negara,” katanya.

Sebelum itu, satu rombakan kabinet Sabah yang baharu telah dilakukan di mana Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar digugurkan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya.

Bagi mengisi kekosongan itu, ADUN Tanjung Keramat daripada UMNO, Datuk Ir Shahelmey Yahya dilantik memegang kedua-dua portfolio terbabit selain penyertaan dua ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah iaitu Datuk Christina Liew dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian.

Bagaimanapun, tiada seorang pun ADUN daripada Warisan disenaraikan menganggotai barisan kabinet kerajaan berkenaan walaupun parti itu dan UMNO mendakwa bahawa Perdana Menteri menyarankan Hajiji membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan yang disertai oleh semua parti di Sabah.

Berita berkaitan
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
3 jam lalu· Politik
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
5 jam lalu· Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
5 jam lalu· Politik
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
5 jam lalu· Isu semasa
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
10 jam lalu · Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
10 jam lalu · Politik
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
11 jam lalu · Politik
Pembersihan UMNO hampir sama dengan langkah PKR pada 2020 pecat pemimpin sendiri
15 jam lalu · Politik
Lawan lempar tuduhan, hanya cubaan rosakkan imej PAS-PN
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
12 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok