Shafie bidas Anwar bodoh heret PH dalam MoU ‘Keluarga UMNO’

December 12, 2021 · Politik

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membidas kebodohan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengheret Pakatan Harapan (PH) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan sebagai punca wujudnya ‘Keluarga UMNO’ yang semakin berkuasa.

Presiden Warisan itu walaupun tidak secara langsung membidas Anwar, bagaimanapun menyalahkan tindakan Presiden PKR itu yang bersetuju menandatangani MoU dengan kerajaan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai punca parti pembangkang lain yang dipinggirkan dalam pembahagian dana bagi kawasan mereka.

“Pada laungan kita Keluarga Malaysia, tapi kalau tidak tandatangani MoU tak ada peruntukan kepada rakyat yang diwakili (parti yang tidak memeterai MoU).

“Sebenarnya Keluarga UMNO, nama saja Keluarga Malaysia,” katanya dipetik portal Malaysiakini semasa Perhimpunan Agung parti itu di Kota Kinabalu, hari ini.

Shafie juga mengkritik keputusan PH yang tidak menggesa Ismail Sabri membuktikan majoritinya di Dewan Rakyat.

“Tapi tidak pernah bawa (ke Parlimen). Sebab Apa? Sebab sudah tandatangani MoU,” katanya lagi.

Untuk rekod, Warisan bersama parti diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Pejuang tidak menandatangani MoU bersama kerajaan tetapi PH dipimpin Anwar memilih untuk tunduk kepada kerajaan dipimpin PM UMNO.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu kerajaan hanya akan memberi peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen (MP) pembangkang yang menandatangani MoU bersama pada 13 September lalu.

Putrajaya dan blok pembangkang, PH menandatangani MOU pada 13 September lalu yang menyaksikan kedua-dua pihak mencapai persefahaman dalam beberapa aspek bagi mencapai kestabilan politik dalam negara.

Melalui MOU itu kerajaan menjanjikan beberapa pembaharuan termasuk reformasi Parlimen, Undi18, had jawatan seseorang PM dan kebebasan badan kehakiman.

Sebagai balasan, PH yang menjadi blok pembangkang terbesar di Dewan Rakyat akan menyokong atau berkecuali dalam undian Bajet 2022 dan undang-undang perbekalan atau kewangan berkaitan dengannya.

Ia dengan syarat penggubalan belanjawan dan rang undang-undang (RUU) yang berkaitan dengannya dirunding dan dipersetujui secara bersama antara kerajaan dan PH.

PH juga akan menyokong atau berkecuali dalam sebarang RUU yang boleh ditafsirkan sebagai undi percaya, dengan syarat perangkaannya turut dirunding dan dipersetujui secara bersama.

MoU dengan kerajaan Ismail Sabri ditandatangani PH yang mengikut cakap Anwar menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan memberi laluan UMNO kembali berkuasa, ia juga adalah MoU sama yang ditawarkan Muhyiddin.

Bagaimanapun, Anwar lebih sayang dan percaya kepada UMNO apabila sanggup bekerjasama dengan menandatangani MoU dengan kerajaan Ismail Sabri berbanding dipimpin Muhyiddin.

Hasilnya, beberapa keistimewaan mula dinikmati kumpulan Kluster Mahkamah, ia termasuk beberapa kelonggaran dan sudah beberapa kali perbicaraan ditangguhkan atas alasan yang tidak munasabah.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok