Setelah sokong Hajiji, ADUN UMNO dilantik Pengerusi Qhazanah Sabah

January 13, 2023 · Politik

Setelah didakwa berjaya mempengaruhi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan daripada UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob hari ini (13 Januari 2023) mengambil alih jawatan itu.

Pelantikan ADUN Sindumin, juga daripada UMNO, diumumkan Hajiji pada majlis penyerahan Surat Pelantikan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad kepada Dr Yusof di Kota Kinabalu, hari ini.

Qhazanah Sabah adalah anak syarikat penting yang menjadi cabang pelaburan kerajaan negeri.

Dr Yusof adalah antara lima ADUN UMNO yang menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap kepemimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri, sekali gus menolak langkah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin, menarik sokongan terhadap Hajiji.

Empat lagi ADUN yang turut menolak Langkah Kinabalu itu ialah Datuk Ir Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat); Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk); dan Datuk James Ratib (Sugut).

Shahelmey kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, setelah rombakan Kabinet dilakukan Hajiji yang menyaksikan Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah disingkirkan.

Susulan tindakan lima ADUN itu dan gesaan Dr Yusof supaya Bung Moktar meletak jawatan, salah seorang daripada pemimpin UMNO Sabah, Datuk Kamarlin Ombi yang juga Ketua UMNO Bahagian Sipitang, menuduh Dr Yusof sebagai pemimpin ‘talam dua muka’.

Memetik Sabahnews, Kamarlin berkata Dr Yusof tidak wajar membuat tuduhan melulu termasuk mengatakan tindakan UMNO menarik sokongan daripada kerajaan negeri sebagai merampas kuasa.

“Kita menafikan ada gerakan merampas kuasa seperti yang didakwa Dr Yusof. Sebaliknya Dr Yusof keluar daripada Warisan dan menyertai UMNO rupanya ada tujuan dan bermatlamatkan kepentingan diri sendiri.

“Selaku ADUN yang kononnya ahli UMNO tetapi dalam masa yang sama menjadi tali barut (pengkhianat) dari dalam dengan cara menjadi ejen untuk mempengaruhi ADUN UMNO bagi menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS)” kata Kamarlin sebagai mengulas kenyataan Dr Yusuf yang disiarkan di salah sebuah protal dalam talian yang dikawal GRS.

Menurut Kamarlin UMNO bahagian Sipitang pada mulanya curiga dengan penyertaan Dr Yusuf ke dalam UMNO kerana bimbang akan menggunakan parti untuk kepentingan peribadi dan akhirnya kebimbangan tersebut telah terbukti

“Ternyata beliau (Dr Yusuf) bukan pemimpin yang memiliki prinsip perjuangan selain dari perjuangan untuk kepentingan peribadi malah,sehubungan itu, Dr Yusof wajib bertaubat, jangan terus jadi katak,” katanya

Kamarlin mendakwa, Dr Yusof juga berjaya mempengaruhi Hajiji untuk memecat Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah.

“Kita dapat tahu dia (Dr Yusof) dijanji untuk mengganti tempat Salleh selaku Pengerusi Qhazanah Sabah,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama hari ini, Hajiji turut melantik ADUN Tanjong Papat daripada DAP, Datuk Frankie Poon sebagai Pengerusi Sabah Development Berhad (SDB).

Berita berkaitan
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
6 jam lalu· Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
6 jam lalu· Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
11 jam lalu· Politik
Hujan lebat tahap bahaya dijangka landa Pahang, Johor dan Sabah hingga Isnin
12 jam lalu· Isu semasa
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
4 jam lalu · Politik
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
11 jam lalu · Politik
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
12 jam lalu · Politik
Pembersihan UMNO hampir sama dengan langkah PKR pada 2020 pecat pemimpin sendiri
16 jam lalu · Politik
Lawan lempar tuduhan, hanya cubaan rosakkan imej PAS-PN
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok