Setelah kalah teruk, UMNO mahu kemuka petisyen PRU terhadap PN

January 13, 2023 · Politik

Tidak puas hati akibat kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini mencari pelbagai alasan, termasuk dakwaan rasuah, untuk mengemukakan petisyen terhadap beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi Perikatan Nasional (PN).

Malah, parti yang kini dikatakan sebagai ‘perasuah, pengotor dan pengkhianat bangsa’ itu, dipercayai sedang mencari individu yang sanggup mengaku menerima wang daripada PN ketika PRU-15 lalu, untuk dijadikan alasan di mahkamah bahawa gabungan Bersatu, PAS dan Gerakan terlibat dalam politik wang.

Langkah untuk memfailkan petisyen itu akan dibuat setelah parti itu kini menjadi sebahagian daripada Kerajaan Pusat apabila bersekongkol dengan Pakatan Harapan (PH), termasuk DAP.

Tindakan itu disahkan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berkata BN sudah mengenal pasti sejumlah kerusi yang akan terbabit dalam petisyen itu bagi mencabar keputusan PRU-15.

Beliau enggan memaklumkan asas bagi petisyen yang akan dibuat, namun difahamkan antara alasan yang digunakan BN bagi menyokong petisyen itu adalah tindakan parti tertentu menggunakan rasuah untuk memancing undi.

“Kita akan umumkan nanti (secara terperinci). Memang ada beberapa kawasan yang akan kita failkan petisyen pilihan raya. Tentunya ada asas yang perlu dipenuhi.

“Ya (akan failkan petisyen di kerusi milik PN). Ada macam-macam partilah.

“Jawatankuasa kita akan umumkan nanti. Kita dah kenal pasti beberapa tempat, jumlahnya secara tepatnya nanti akan diumumkan,” katanya menurut BH ketika melawat Laman Media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini (13 Januari 2023).

Beliau berkata demikian ketika diminta memperincikan jumlah sebenar dan kawasan Parlimen yang terbabit dalam usaha BN menfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU15.

Terdahulu, wakil calon BN di Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi mencabar keputusan PRU-15 bagi Parlimen itu.

Petisyen berkenaan difailkan pada 3 Januari lalu oleh Mohd Azmi Mahmood di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, bagi mencabar keputusan PRU-15 di kerusi Parlimen Gua Musang, yang didakwa berlaku politik wang.

BN mencatat prestasi buruk dalam PRU15 pada 19 November lalu apabila hanya menang 30 kerusi Parlimen (26 dimenangi UMNO), berbanding 79 kerusi (54 dimenangi UMNO) pada PRU14.

Kerusi terbanyak dimenangi Pakatan Harapan (PH) dengan 82 kerusi Parlimen, manakala Perikatan Nasional (PN) mencatat kejutan apabila meraih 74 kerusi Parlimen.

Berita berkaitan
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
6 jam lalu· Politik
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP: Pemuda PAS Pahang
6 jam lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
13 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
23 jam lalu· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Aminuddin bimbang KJ mungkin tanding PRN Negeri Sembilan
30 minit lalu · Politik
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
3 jam lalu · Politik
SPRM boleh siasat akaun bank parti tapi jangan bersifat politik: PAS
3 jam lalu · Politik
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
5 jam lalu · Politik
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
12 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok