Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor

November 26, 2022 · Politik

Dua hari setelah kerajaan Pusat PH-UMNO ditubuhkan, pemimpin Pakatan Harapan (PH) mendesak kerajaan Johor membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP) daripada gabungan itu menyertai mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).

Bendahari PH Johor Jimmy Puah Wee Tse berkata ia berikutan gabungan itu sudah menjadi rakan sekutu pada peringkat Persekutuan.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PKR Johor, berkata pihaknya akan menulis surat rasmi bagi menyatakan perkara itu dalam masa terdekat.

“Saya berharap atas budi bicara Kerajaan Johor khasnya Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk membenarkan ADUN dan Ahli Parlimen PH memasuki mesyuarat JTPD.

“Ini susulan kita sudah menjadi rakan sekutu pada peringkat Persekutuan, jadi memang ada keperluan untuk kita menyertai mesyuarat bulanan di pejabat daerah.

“Penyertaan ADUN dan Ahli Parlimen PH juga bagi membantu menyelaraskan gerak kerja,” katanya selepas bertemu pengundi di Parlimen Tebrau, Ulu Tiram di sini, semalam, menurut BH.

Bagaimanapun, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu gugat pentadbiran kerajaan negeri itu.

Onn Hafiz menerusi hantaran di laman Facebook berkata Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil, di bawah naungan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Insya-Allah. Negeri Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil di bawah naungan Kebawah DYMM Tuanku Sultan Johor,” katanya dipercayai merujuk kepada kenyataan Jimmy Puah.

Pada 23 November tahun lalu, PH mendesak diberikan taraf ahli ‘ex officio’ supaya ADUN pembangkang dapat memberi pandangan dan meminta penjelasan berkaitan isu di kawasan masing-masing dalam JTPD.

Pada 28 November tahun sama, Hasni pada sidang DUN Johor menolak rundingan mengenai cadangan pembabitan wakil rakyat pembangkang sebagai ahli JTPD.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, seramai 28 ADUN tidak bersetuju, manakala 27 ADUN bersetuju selepas undian secara rahsia dijalankan selama dua minit.

Hasni sebelum itu berkata, kerajaan negeri mendapatkan penjelasan Kerajaan Persekutuan dan berdasarkan maklum balas daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), kedudukan ADUN dalam JTPD adalah merujuk kepada ADUN di pihak kerajaan.

Kerajaan Persekutuan memberi penjelasan seperti Arahan No.1 (2020) daripada ICU JPM menerusi surat bertarikh 18 November 2021 menyatakan buat masa ini, kedudukan Ahli Parlimen dan ADUN dalam Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dan JTPD seperti arahan No 1 2020.

Menerusi arahan itu, dalam Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara adalah merujuk kepada Ahli Parlimen dan ADUN yang sama parti dengan kerajaan.

Onn Hafiz adalah pemimpin UMNO peringkat negeri yang pertama menolak kerjasama dengan PH. Malah, beliau juga antara yang mendesak Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden UMNO setelah parti itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

Pada 21 November lalu Onn Hafiz dalam Facebooknya berkata “sementara ahli UMNO menunggu tindakan berjiwa besar Presiden untuk meletak jawatan dengan kadar yang segera, beliau sebaliknya, kalau betul sebagaimana yang dilaporkan media, sedang sibuk berunding dengan Pakatan Harapan DAP.

“Beliau yang telah mengetuai kita semua ke medan perang dan disebabkan imejnya antara punca kekalahan teruk BN, tidak sepatutnya mewakili parti untuk berunding dengan mana-mana pihak.”

Berita berkaitan
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Paras sungai di Johor dan Terengganu lepas tahap bahaya
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Lagi Politik terkini
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
23 minit lalu · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
3 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok