Serangan terhadap kerajaan berkurang selepas MOU, keadaan lebih tenang

October 2, 2021 · Politik

Berbeza dengan situasi sebelum ini, Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik memberi kesan baik kepada hubungan kerajaan dan pembangkang apabila serangan terhadap parti pemerintah sudah berkurang, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata MOU yang ditandatangani antara kerajaan dan pembangkang menampakkan impak yang baik, malah keadaan sekarang kelihatan agak tenang bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam Dewan Rakyat yang sedang bersidang setiap Isnin hingga Khamis.

“Di luar lebih tenang tetapi serangan terhadap kerajaan seperti dahulu sudah berkurang. Walaupun pembangkang … saya dah beritahu mereka kekal sebagai pembangkang. Mereka kecam kerajaan itu kerja mereka, kita perlu semak dan imbang kepada kerajaan.

“Walaupun saya beritahu macam tu tapi keadaan agak kurang dari segi serangan kepada kerajaan di Parlimen. Di luar sana sangat sepi, tenang, ucapan pun tak ada yang agresif seperti dahulu setiap kali berucap mesti ada standing order (Peraturan Urusan Mesyuarat),” katanya lapor Bernama.

Ismail Sabri baru-baru ini diwawancara editor kanan media.

Ujarnya, keadaan sekarang menampakkan sikap saling hormat menghormati yang semakin tinggi dalam kalangan Ahli Parlimen.

Ditanya adakah keadaan itu disebabkan oleh jalinan kerjasama kerajaan dengan pembangkang atau disebabkan oleh kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri menjawab secara seloroh: “Saya tak tahu, tak boleh nak beritahu. Ketua Pembangkang kata PM ni lebih sopan, itu pandangan peribadi,”.

Semasa ditanya sama ada input pembangkang diambil kira dalam penyediaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), beliau berkata sememangnya terdapat libat urus pembangkang serta jabatan kerajaan.

“Sebelum ni kalau buat taklimat kepada kerajaan sahaja tetapi tak buat dengan pembangkang, tetapi kali ini saya kata kita sekalikan (kerajaan dan pembangkang) semasa Unit Perancang Ekonomi (EPU) memberi taklimat.

“Tak ada gangguan, soalan tidak panas tetapi profesional kerana yang mereka mahu adalah jawapan sebenar,” katanya.

Perancangan RMK12, kata beliau, disediakan secara lebih inklusif, mengambil kira input dan cadangan bukan sahaja daripada kerajaan dan pembangkang tetapi juga pihak berkepentingan termasuk sektor awam dan swasta merangkumi pakar industri dan ahli korporat, ahli akademik, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, pemimpin masyarakat, pertubuhan masyarakat sivil dan organisasi antarabangsa.

Walaupun Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dengan pembangkang ditandatangani pada saat akhir pelaksanaan dokumen ini, namun terdapat beberapa pandangan yang telah diambil kira dalam memastikan integriti, akauntabiliti dan ketelusan dititikberatkan dalam dokumen RMK12.

Berita berkaitan
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022· Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
August 7, 2022· Politik
PM hanya ambil kira pandangan parti sendiri, bukan pandangan bersama: PAS
August 6, 2022· Politik
PBM berhak buat keputusan mohon sertai BN, kata Setiausaha Agung
August 6, 2022· Politik
Popular
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Lagi Politik terkini
Lebih baik GTA sertai PN
11 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
12 jam lalu · Politik
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
17 jam lalu · Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
18 jam lalu · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok