Serahkan negara kepada pihak yang amanah, berintegriti: Hadi Awang

October 31, 2022 · Politik

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menyeru pengundi yang celik ilmu dan telah mengetahui apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini, supaya menyerahkan tanggungjawab mentadbir negara kepada tangan pemimpin yang amanh, bersih dan berintegriti.

Tan Sri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS berkata nilai integriti – sebagaimana prinsip asas diperjuangkan gabungan PN – adalah tunjang kepada segala urusan kehidupan dan kenegaraan.

“Justeru, bagi menegakkan keadilan dan menjamin kesejahteraan yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia, amanah wajib diserahkan kepada orang yang berkelayakan dari segi iman, akhlak, integriti, dan ilmu.

“Demikian juga, rakyat yang mengundi dan memilih pemimpin mestilah berintegriti berasaskan kematangan akal dan ilmu, bukan semata-mata berdasarkan faktor umur dan usia.

“Nilai integriti merupakan tunjang segala urusan, khususnya dalam politik kenegaraan yang merupakan suatu amanah paling besar kerana ia menjadi payung kepada urusan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini (Isnin, 31 Oktober 2022), menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Abdul Hadi yang bakal mempertahankan kerusi Parlimen Marang, Terengganu berkata integriti dalam Islam lahir daripada hidayah sebenar yang dikurniakan oleh Allah SWT ke dalam hati manusia yang menjadi raja bagi seluruh jasad.

Menurutnya perbezaan yang paling ketara antara objektif integriti mengikut acuan Islam berbanding dengan ideologi dan teori ciptaan manusia ialah aspek kerohanian dan keimanan yang mengandungi penilaian dosa dan pahala.

“Oleh sebab itulah, tiada integriti dalam diri golongan yang tidak beriman dan munafiq, termasuklah mereka yang tidak berpegang dengan Islam yang sempurna kerana sentiasa berpura-pura dalam sikap integriti,” katanya.

Sebab itu, katanya PAS dan parti komponen PN Maka, menetapkan nilai berintegriti sebagai satu aspek yang penting bagi calon-calon yang akan bertanding dalam pilihan raya dan memerintah kerajaan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
1 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
2 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
12 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
52 minit lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
5 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
7 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
7 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok