Seperti Zahid dapat jadi TPM, Bung didakwa berhasrat mahu jadi Ketua Menteri

January 6, 2023 · Politik

Spekulasi terbaharu kemelut politik Sabah lebih menarik apabila sebuah laporan media mendakwa Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu menjadi Ketua Menteri pula.

Sebuah portal melaporkan Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah itu disebut-sebut calon Ketua Menteri baharu dan bukannya Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

Perkembangan terkini itu dilihat tidak mustahil memandangkan Bung juga sedang berdepan pertuduhan kes mahkamah sama seperti Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetapi masih dilantik menjadi pemimpin nombor dua dalam kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-BN.

“Difahamkan Shafie akan memberi laluan kepada Bung untuk menjadi Ketua Menteri. Ini adalah rancangan terbaharu,” menurut laporan portal FMT.

Untuk rekod, Bung ketika ini sedang berdepan pertuduhan di mahkamah dan diarah membela diri atas kes menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 semasa menjadi pengerusi Felcra.

Walaupun sudah berdepan kes mahkamah, namun ia bukan penghalang untuk Bung boleh dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah memandangkan Zahid juga sebelum ini berdepan kes mahkamah tetapi masih dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dibawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Buat masa ini, Warisan mempunyai 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala UMNO mempunyai 17 kerusi, menjadikannya 36 kerusi daripada 79 kerusi dalam DUN Sabah.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini mempunyai 29 kerusi, 15 daripadanya adalah bekas Bersatu; tujuh daripada Parti Bersatu Sabah (PBS); enam daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan satu daripada Parti Maju Sabah (SAPP).

GRS juga disokong oleh seorang ADUN bebas dan seorang ADUN Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

Berita berkaitan
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
7 jam lalu· Politik
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP: Pemuda PAS Pahang
8 jam lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
14 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
February 7, 2023· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Aminuddin bimbang KJ mungkin tanding PRN Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
4 jam lalu · Politik
SPRM boleh siasat akaun bank parti tapi jangan bersifat politik: PAS
5 jam lalu · Politik
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
7 jam lalu · Politik
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
13 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok