Sepatutnya orang atas buat aduan ke RoS, kenapa suruh budak bawahan?

January 21, 2023 · Politik

Tindakan dua ahli biasa UMNO semalam membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dikritik pengikut setia Presiden, Datuk Puad Zarkashi.

Puad yang diketahui umum orang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu membidas langkah membuat aduan kepada RoS semalam, sebaliknya mendesak supaya pemimpin atasan mereka yang tidak berpuas hati dengan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan itu tampil membuat laporan sendiri.

“Berani atau dipergunakan? Sepatutnya orang ataslah yang buat aduan. itu baru berani namanya

“Jangan guna orang bawah apatah lagi kalau bekas pegawai sendiri. Itu waras ke?” kata Puad dalam satu hantaran Facebook.

Terdahulu, dua ahli UMNO berkenaan – Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom (ahli UMNO Negeri Sembilan) dan Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir (Terengganu) – dilaporkan menghantar notis bantahan kepada RoS.

Mereka mendakwa usul tambahan berkaitan dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.

Usul tambahan dalam PAU 2022 itu mendapat sokongan daripada UMNO Terengganu, Selangor, Perwakilan Wanita dan Pulau Pinang.

Apabila usul berkenaan diundi pada hari terakhir persidangan, ia mendapat sokongan majoriti perwakilan.

Semalam, bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuji tindakan dua ahli UMNO yang membuat laporan kepada RoS tersebut.

Khairy juga menganggap mereka sebagai ahli UMNO yang menjadi berani dan waras.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
9 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok