Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO

June 30, 2022 · Politik

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah buat pengakuan berhubung surat akuan bersumpah (SD) yang dihantar Ahli Parlimen (MP) UMNO, isu pokok masih tidak dijawab Presiden PKR itu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri (PM).

Benarkah Anwar meletak syarat tidak akan masuk campur dalam kes mahkamah sehingga menyebabkan anak muridnya yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak kemudiaannya menarik balik sokongan daripada menjadi PM?

Jika benar dakwaan Anwar kononnya Zahid dan Najib membuat pusingan U tidak menyokongnya, tetapi mengapa masih sanggup berkomplot sehingga saat akhir menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Kenyataan Anwar kononnya tidak mendapat sokongan kerana enggan mengikut syarat yang diletak Zahid dan Najib adalah sesuatu yang sangat sukar difahami atau dipercayai kerana tindakannya berterusan memberi tekanan kepada mantan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Rakyat tidak lupa peristiwa begitu mesranya Anwar dan Zahid semasa krisis politik tahun lalu, bahkan Ketua Pembangkang semasa mahu menjatuhkan Muhyiddin beberapa kali memetik nama anak muridnya dalam sidang Dewan Rakyat.

Rakyat juga tidak lupa perbualan mesra Anwar dan Zahid merancang menjatuhkan kerajaan dipimpin Muhyiddin.

Anwar sebenarnya malu mahu mengakui ditipu Zahid dan Najib yang memberi sokongan kepadanya untuk menjadi PM, walhal faktanya beliau sememangnya ditipu kedua-dua individu tersebut.

Beberapa artikel yang ditulis Agenda Daily berhubung hubungan Anwar dengan Zahid dan Najib kini juga sudah terbukti kebenarannya dengan pengakuan wujud SD oleh MP UMNO yang didedahkan Anwar sendiri hari ini.

Apakah tujuan Anwar mengatakan beliau tidak mahu mematuhi syarat yang dibuat anak muridnya dan Najib, adakah sekarang Anwar cuba membuktikan dirinya bersih seolah-olah tidak bersalah apabila merancang menjatuhkan kerajaan sebelum ini.

Anwar sebelum ini mendakwa dirinya memiliki majoriti yang kuat dan kukuh, namun pendedahan bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan jumlah majoriti itu diperoleh daripada kumpulan Kluster Mahkamah.

Pengakuan Anwar tersebut secara tidak langsung menunjukkan beliau sanggup menerima sokongan Kluster Mahkamah asalkan dapat menjadi PM, cita-cita peribadinya sejak sekian lama.

Berita berkaitan
Ismail Sabri buat kerja sebab itu pembangkang marah: Shahidan
58 minit lalu· Politik
Skandal LCS, PH kesal dengan cara UMNO layan tentera ikut suka hati
2 jam lalu· Politik
Hamzah sahkan PN sudah mohon tarikh baharu jumpa Ismail Sabri
2 jam lalu· Politik
Peguam Najib pilih tak kemuka hujahan selepas permohonan ditolak
2 jam lalu· Isu semasa
Popular
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
August 17, 2022
PAS hanya mahu menumpang kekuatan UMNO: Mustapha
August 18, 2022
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
August 17, 2022
PRU-15: BN sasar menang 20 kerusi Parlimen di Johor
August 18, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO kotor dari ‘Top 1’ hingga akar umbi kerana Najib, kata Dr Mahathir
23 minit lalu · Politik
PRU-15: BN sasar menang 20 kerusi Parlimen di Johor
2 jam lalu · Politik
PAS terbuka kerjasama dengan mana-mana parti kecuali PH: Tuan Ibrahim
3 jam lalu · Politik
Jangan terlalu selesa dengan kemenangan besar sebelum ini: Hasni
3 jam lalu · Politik
PAS hanya mahu menumpang kekuatan UMNO: Mustapha
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok