Seorang pemimpin kanan Pejuang atur pertemuan dengan Dr M: Muhyiddin

April 2, 2022 · Politik

Susulan timbul spekulasi dakwaan kononnya mahu menjadi Perdana Menteri semula, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung perkara tersebut.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendedahkan selepas berakhir Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa pemimpin parti politik datang menemuinya termasuk wakil daripada Pejuang yang mencadangkan supaya merintis satu kerjasama bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Selepas Pilihan Raya Negeri Johor, saya didatangi oleh beberapa orang pemimpin parti politik termasuk daripada Parti Pejuang.

“Mereka menyuarakan pandangan kepada saya bahawa lebih baik parti-parti selain Barisan Nasional merintis suatu bentuk kerjasama politik bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru dalam PRU-15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Muhyiddin lagi, wakil parti politik yang menemuinya atas kesedaran tidak mahu melihat Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa dengan menyifatkan kemenangan besar parti itu di Melaka dan Johor disumbang oleh undi yang berpecah.

“Mereka sedar bahawa majoriti rakyat tidak menyokong BN yang masih terpalit dengan imej kleptokrasi.

“Tetapi oleh kerana berlaku pertembungan banyak penjuru antara parti-parti politik yang bertanding, undi anti-BN berpecah. Ini menyebabkan BN dapat memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor walaupun ditolak oleh majoriti rakyat,” katanya lagi.

Dalam pertemuan tersebut, Muhyiddin berkata wakil parti yang dijumpainya sebulat suara jika boleh mahu mengelakkan pertembungan banyak penjuru, malah cadangan sama juga dinyatakan oleh ramai penganalisis politik.

“Mereka sependapat untuk sebolehnya mengelakkan pertembungan banyak penjuru dalam PRU-15 bagi menghalang golongan kleptokrat dalam BN kembali berkuasa.

“Pandangan seumpama ini juga disuarakan oleh ramai penganalisis politik,” ujarnya.

Mengambil kira semua pandangan yang disuarakan tersebut, Muhyiddin berkata inisiatf diambil bagi bertemu dengan pemimpin utama parti politik bagi membincangkan hubungan kerjasama tetapi setakat tiada keputusan muktamad diputuskan.

“Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pimpinan utama parti-parti politik dalam kerajaan dan pembangkang bagi merintis hubungan kerjasama dalam PRU-15.

“Ini adalah langkah awal untuk dapatkan pandangan pemimpin parti-parti politik dan tiada keputusan muktamad dibuat,” katanya.

Mengenai kontroversi pertemuan dengan Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya meminta untuk menjadi PM semula, Muhyiddin menjelaskan seorang pemimpin kanan Pejuang yang mengatur pertemuan tersebut sebagai salah satu inisiatif ke arah membentuk kerjasama politik rentas parti.

“Pertemuan saya dengan Tun Dr Mahathir yang diatur selepas seorang pemimpin kanan parti Pejuang datang menemui saya adalah sebahagian daripada inisiatif ini,” katanya.

Penjelasan tersebut secara tidak langsung menyangkal kenyataan Dr Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini yang kononnya Muhyiddin yang meminta untuk bertemu dengan mereka, sebaliknya pemimpin Pejuang sendiri memulakan langkah tersebut dengan mempelawa untuk mengatur pertemuan tersebut.

Untuk rekod, parti Pejuang juga tewas teruk semasa PRN Johor sehingga semua calon mereka hilang wang deposit.

Prestasi parti tersebut dilihat paling teruk berbanding dengan keputusan parti baharu yang lain, ia walaupun mereka meletak calon yang banyak di Johor.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
2 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok