Seorang Menteri UMNO saksi perjanjian lantik TPM, kata pegawai Muhyiddin

July 9, 2022 · Politik

Perjanjian berhubung lantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dibuat dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wujud, malah ia juga disaksikan oleh dua individu yang penting daripada UMNO dan Bersatu.

Perjanjian tersebut sudah dipersetujui itu tidak boleh diterbitkan dan seorang Menteri daripada UMNO serta Bersatu merupakan saksi yang melihat ia ditandatangani pada 17 Ogos 2021, kata Ketua Setiausaha Sulit Kanan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad.

“Ia ditandatangani oleh Muhyiddin dan perdana menteri pada 17 Ogos 2021 dan disaksikan oleh seorang Menteri daripada parti Bersatu dan seorang Menteri dari parti UMNO.

“Sebagai pegawai Perdana Menteri kelapan pada waktu itu, saya terlibat secara langsung dalam penyediaan perjanjian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu pelantikan jawatan TPM timbul baru-baru ini selepas Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, perkara itu dibangkitkan ketika pertemuannya dengan Perdana Menteri (PM), Ismail Sabri.

Menurut Muhyiddin, pertemuan tersebut turut membincangkan isu lantikan jawatan yang termaktub dalam perjanjian antara PN dan PM.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengatakan tidak salah bagi Muhyiddin membangkitkan tentang perkara itu akan tetapi pelantikan TPM dan ahli Kabinet adalah kuasa prerogatif PM.

Bagaimanapun penasihat ekonomi kepada PM, Shahril Hamdan mengatakan tiada perjanjian antara Ismail dan Muhyiddin untuk melantik TPM.

“Tiada perjanjian setahu saya. Kalau ada perjanjian kenapa sekarang baru kita dengar dakwaannya?

“Kalau ada, kenapa ada menteri-menteri kanan?” kata Shahril yang juga Ketua Penerangan UMNO sebelum ini.

Untuk rekod, ketika masih menjadi PM, Muhyiddin melantik Ismail Sabri sebagai TPM walaupun pada ketika itu terdapat Menteri-menteri kanan.

Dalam kenyataannya hari ini, Marzuki berkata satu fasal dalam perjanjian ini menyebut dokumen perjanjian tidak boleh diterbitkan atau dizahirkan dalam apa-apa bentuk.

“Ia hanya boleh disimpan untuk rujukan kedua-dua pihak,” katanya lagi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
3 jam lalu· Politik
Masih mahu kekalkan Zahid sebagai Presiden, UMNO akan berdepan penolakan total
3 jam lalu· Politik
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
13 jam lalu· Politik
Asyraf disaran puji balik DAP serta padam status FB maki PH
13 jam lalu· Politik
Popular
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
December 2, 2022
Anwar tangguh umum barisan Kabinet, isu lantikan Zahid buat kepala pening?
December 1, 2022
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
December 2, 2022
Asyraf disaran puji balik DAP serta padam status FB maki PH
December 1, 2022
Lagi Politik terkini
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
13 jam lalu · Politik
Pemimpin Amanah Kedah keluar parti, tak puas hati tunduk kepada DAP
16 jam lalu · Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
19 jam lalu · Politik
Tangguh umum Kabinet, warganet sindir Anwar ‘kahwin besar banyak cabarannya’
19 jam lalu · Politik
Usul lantik Speaker Parlimen antara penentu sokongan terhadap Anwar
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok