Seorang ADUN Warisan didakwa bakal umum jadi bebas, sokong GRS

October 3, 2021 · Politik

Seorang pengasas awal parti Warisan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob didakwa bertindak keluar parti dan menjadi ADUN bebas.

Menurut laporan media, Dr Yusof yang turut memegang jawatan Ketua Penerangan parti itu membuat keputusan malam tadi dan dijangka menyatakan sokongan juga kepada kerajaan negeri Sabah yang dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengumuman rasmi bakal dibuat pada minggu depan dan menurut sumber dalaman keputusan tersebut dibuat kerana kecewan dengan Warisan yang dikatakan tidak mempunyai hala tuju yang jelas ketika ini.

Beliau antara individu terawal menyertai Warisan sejak penubuhannya pada 2016.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) 26 September tahun lalu, Dr Yusof mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dengan majoriti 424 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan empat calon lain.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 2018, Dr Yusof menang kerusi DUN Sindumin atas tiket Warisan selepas mengalahkan calon BN yang juga penyandang kerusi berkenaan, Datuk Sapawi Ahmad.

Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Inovasi negeri di bawah kerajaan Warisan hingga Julai tahun lalu apabila DUN Sabah dibubarkan.

Sebelum menyertai Warisan, Dr Yusof adalah pemimpin UMNO dan pernah memegang beberapa jawatan termasuk Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika menjadi Ahli Parlimen Sipitang pada 2004 hingga 2007.

Berita berkaitan
Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15
August 7, 2022· Politik
Dua negeri diarah bersiap sedia susulan amaran hujan berterusan
August 6, 2022· Isu semasa
Bukit Aman tentukan pertukaran anggota dalam siasatan: Polis Sarawak
August 4, 2022· Isu semasa
Bekas pengarah, pegawai kerajaan buat tuntutan palsu ditahan SPRM
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
1 jam lalu · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
14 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
20 jam lalu · Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok