Senyum, santai kata Tengku Zafrul

November 8, 2022 · Politik

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini (8 November 2022) mengajak rakyat menolak agenda politik sempit sebaliknya memilih memenangkan amalan politik matang.

“Senyum dan santai,” katanya memberi nasihat kepada penyokong parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), walaupun ketika berkempen terjumpa dengan seteru politik.

Tengku Zafrul yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, pagi tadi berkempen di Pasar Pagi Pekan Sungai Buloh, Jeram.

“Sambil-sambil agihkan risalah manifesto saya, terjumpa dengan calon daripada Gerakan Tanah Air dan Perikatan Nasional (PN).

“Tapi kita santai… walaupun kita seteru di gelanggang, tidak semestinya kita harus berbalah setiap masa. Sebab kita semua kan saudara.

“Jadi kepada yang di luar sana, kalau berjumpa dengan seteru politik, pesan saya adalah senyum dan santai. Moga kita terus sokong amalan politik matang dan jauhi politik sempit.

“Insya-Allah, perjuangan kita lebih diberkati,” katanya yang bakal berdepan saingan empat penjuru di Parlimen Kuala Selangor.

Selain Tengku Zafrul, Perikatan Nasional meletakkan wakil PAS Ustaz Mohd Noor Mohd Sahar sebagai calon, diikuti Mohd Shaid Rosli (GTA) dan penyandang, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Amanah).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
9 jam lalu· Rencana
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
9 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
2 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok