Sentap dikritik UMNO punca politik negara tak stabil, Ismail Sabri jawab Sanusi

February 13, 2022 · Politik

Tidak timbul isu kerajaan akan lebih stabil jika UMNO tidak menjadi kerajaan, itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Muhammad Md Nor.

Ismail Sabri berkata, kerajaan kini adalah kerajaan UMNO dan beliau sendiri adalah perdana menteri dari UMNO, yang mendapat sokongan daripada rakan-rakan parti lain, menurut laporan Bernama.

“Kita dah tunjuk (buktikan) kerajaan ini stabil, saya sendiri Perdana Menteri UMNO dan disokong oleh rakan-rakan parti yang lain,” katanya selepas majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina Keluarga Malaysia, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata formula untuk melihat kestabilan politik di Malaysia dan negeri-negeri seluruh negara adalah bila UMNO tidak lagi memerintah.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, kestabilan politik negara juga dibuktikan dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang.

“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini, ia semua bagi memastikan politik negara dalam keadaan stabil, jadi tiada isu seperti yang dikatakan oleh MB (Muhammad Sanusi) itu,” katanya.

Semalam, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu berkata sekiranya banyak kerusi yang dimenangi UMNO maka negara dan pentadbiran kerajaan negeri akan menjadi tidak stabil kerana mereka sibuk berebut kuasa dan boleh sesuka hati mengadakan pilihan raya seperti yang berlaku di Melaka dan Johor.

Satu-satunya formula untuk memastikan kestabilan politik negara dan seluruh negeri adalah dengan memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi sedikit sahaja kerusi, katanya.

“Formula mudah untuk melihat kestabilan politik di Malaysia dan di negeri-negeri seluruh negara…Formulanya ialah bila kerusi UMNO kurang, sangat-sangat kurang sehingga kalau dia (UMNO) tarik diri pun kerajaan tak tumbang itu lah formula mewujudkan kestabilan politik di Malaysia.

“Formulanya ialah dan saya sedar bila saya datang ke Johor ini… Kena kerusi UMNO sikit baharu aman kalau banyak kacau.

“Tuan-tuan tengok di Melaka, banyak kerusi dia (UMNO)… Akhirnya, dia das kawan dia sendiri (tumbangkan kerajaan sendiri) sehingga tumbang kerajaan Melaka.

“Kerusi dia (UMNO) disini Johor banyak juga, tumbang kerajaan negeri apabila dia (UMNO) sendiri tumbangkan buat PRN (Pilihan Raya Negeri) disaat rakyat kesusahan,” katanya semasa pelancaran jentera Pemuda Perikatan Nasional di Batu Pahat malam tadi.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah itu menegaskan langkah mengadakan PRN Johor tidak diperlukan walhal diperingkat kerajaan pusat, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh mengadakan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dengan pembangkang untuk mewujudkan kestabilan politik.

“PRN tidak diperlukan, diperingkat pusat UMNO memimpin boleh buat pula CSA dengan pembangkang.

“Tandatangan perjanjian dengan pembangkang, boleh… Pasal apa di Johor tidak boleh? Kerana di Johor bukan untuk mewujudkan kestabilan tapi tujuan PRN Johor adalah untuk menambah kerusi UMNO dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya lagi.

Menurut Sanusi, apabila UMNO memenangi banyak kerusi mereka boleh membuat keputusan sesuka hati mereka.

“Bila banyak kerusi, dia (UMNO) boleh tendang orang lain keluar… Itu sahaja,” katanya lagi.

Di negeri yang banyak kerusi UMNO sahaja menyaksikan mereka sewenang-wenangnya boleh mengadakan PRN tanpa mengambil kira kesusahan dan kesempitan hidup rakyat, kata Sanusi dengan memberikan contoh di Kedah, Kelantan dan Terengganu dimana UMNO hanya memiliki kerusi minoriti tetapi tiada kerajaan dijatuhkan.

Jelas Sanusi, walaupun UMNO cuba menarik sokongan dan bertindak memutuskan hubungan sekalipun, namun kerajaan negeri di tiga negeri tersebut tidak tumbang dan pentadbiran berjalan seperti biasa tanpa perlu sebarang PRN diadakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Februari dan pengundian awal pada 8 Mac.

Berita berkaitan
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
23 minit lalu· Politik
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
2 jam lalu· Politik
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
6 jam lalu· Politik
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
Popular
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
PRU-15: Lagi pemimpin UMNO mahu bantu Khairy, tawar kerusi Parlimen
September 25, 2022
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
11 jam lalu · Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
19 jam lalu · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
22 jam lalu · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022 · Politik
Kos meningkat jika tarikh PRU, PRN berasingan: Mustapa
September 25, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
3 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok