Senario dihadapi Ismail Sabri sama dengan Muhyiddin, bezanya cuma..

October 2, 2022 · Politik

Jika sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dijatuhkan angkara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bekerjasama dengan gerombolan cikgunya di blok pembangkang, kini nampaknya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berdepan situasi sama.

Senario dihadapi Perdana Menteri kesembilan dengan kelapan hampir sama, cuma yang membezakan skrip jalan cerita yang sedikit berubah memandangkan Ismail Sabri datang daripada UMNO dan berdepan desakan partinya sendiri.

Bagaimanapun, keadaan dihadapi Ismail Sabri agak ralat kerana yang mendesak setiap hari agar Parlimen dibubarkan datang daripada UMNO dan bukannya pembangkang atau daripada parti komponen dalam kerajaan.

Tetapi ketika semasa pentadbiran Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin bukan sahaja terpaksa berdepan serangan daripada Zahid dan gerombolan Ahli Parlimen pengikutnya yang menarik sokongan, malah Ahli
Parlimen pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut serta
satu kem dengan Zahid waktu tersebut.

Krisis politik waktu itu tercetus semasa penularan Covid-19 masih lagi mengganas dan berisiko tinggi sekiranya Parlimen dibubarkan kerana sudah pasti nyawa rakyat lebih banyak yang terkorban angkara kerakusan kuasa pemimpin UMNO dan pembangkang waktu tersebut.

Susulan itu, Muhyiddin mengambil langkah terhormat dengan meletak jawatan walhal boleh sahaja menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan pilihan raya umum diadakan tanpa menghiraukan nasib rakyat yang susah dan sedang berdepan bahaya Covid-19.

Langkah terhormat Muhyiddin dengan berundur diri tersebut dibuat demi mengelakkan rakyat terjebak ke kancah politik yang berpanjangan dan hanya akan merugikan negara kerana akan menyebbakan keadaan ekonomi semakin lebih buruk.

Ia tidak memerlukan masa yang lama untuk Muhyiddin membuat keputusan berundur daripada jawatan disandangnya dan mengambil pendirian tersebut dibuat demi menghentikan rakyat diheret sama dalam kemelut politik yang tiada kesudahan.

Senario dihadapi Muhyiddin ini tidak sama dengan Ismail Sabri kerana walaupun sedang berdepan tekanan daripada partinya sendiri, pembangkang masih setia dan utuh menyokong Naib Presiden UMNO itu dan tidak bersetuju dengan desakan UMNO yang mahu PRU-15 diadakan pada tahun ini juga semasa musim tengkujuh.

Muhyiddin sebaliknya semasa tercetus krisis politik tidak mendapat sokongan daripada pembangkang, malah Anwar dan anak muridnya enggan berkompromi walaupun tawaran sudah dibuat sebagai gencatan senjata untuk meredakan ketegangan politik ketika itu.

Malah, Anwar menyifatkan tawaran gencatan senjata tersebut sebagai satu penghinaan terhadapnya kerana dilihat sebagai tidak mempunyai maruah tetapi sebaliknya menerima perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan Naib Presiden UMNO yang baharu dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Anehnya, perjanjian yang ditawarkan Datuk Ismail Sabri diterima oleh Pakatan Harapan (PH), bagaimanapun parti pembangkang lain seperti parti Warisan dan Pejuang tidak bersetuju dengan langkah tersebut dan tidak menandatangani MoU sehingga menyebabkan Ahli Parlimen mereka tidak mendapat peruntukan sama diberikan kepada Ahli Parlimen PH.

Walaupun terdapat perjanjian dalam MoU yang dimerterai berjaya dilaksanakan tetapi ia tidak berjaya disambung semula kerana UMNO enggan menunggu lebih lama bagi mengadakan PRU-15 dijalankan pada masa terdekat juga, dijangka sebaik selesai Bajet 2023 dibentang pada 2023 nanti.

Ismail Sabri sepatutnya juga tidak memandang daripada satu sudut negatif dan tidak terpengaruh dengan emosi semata-mata apabila teguran dibuat Muhyiddin berhubung corak pengurusan kerajaan ditadbirnya kerana ia tidak lah sampai ke tahap menarik sokongan seperti dilakukan Zahid sebelum ini.

Jadi, tidak perlu bimbang dengan teguran kerana Muhyiddin hanya menyuarakan pandangan dan realitinya sejak mengambil alih kerajaan, keadaan ekonomi dan kebajikan rakyat dilihat masih tidak berubah apabila ringgit semakin menyusut dan inflasi semakin meningkat saban minggu.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok