Senarai tak rasmi ‘cai’ pemilihan UMNO, siapa pilihan akar umbi?

March 22, 2022 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendedahkan sudah terdapat ‘cai’ atau senarai gandingan yang dikatakan akan bertanding dalam pemilihan parti itu walaupun belum ada ketetapan bila ia akan diadakan.

Zahid seakan menghidu langkah yang sedang disusun oleh musuh politiknya, jadi tidak hairan sindiran keras disuarakan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU) yang berlangsung baru-baru ini sebagai suatu amaran kepada mana-mana kumpulan yang mahu melanggarnya.

“Bukan saya tidak tahu, sekarang pun sudah ada berpasang-pasangan, ada cai. Harap-harapnya pasangan-pasangan tu kekallah,” katanya dipetik semasa PAU baru-baru ini.

Budaya ‘cai’ bukan suatu yang baharu dalam politik UMNO, ia sudah berakar sejak sekian lama dalam parti tersebut dan tidak menghairankan sekiranya terdapat individu yang sudah mengintai jawatan tertinggi untuk ditandingi memandangkan kedudukan parti yang sudah semakin kuat sejak kemenangan dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor.

Sudah pastinya masing-masing mahu mengintai untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti, malah jawatan Presiden yang disandang Zahid juga tidak mustahil akan dicabar memandangkan beliau bukan Perdana Menteri (PM) ketika ini.

Malah, buat kali pertama dalam sejarah UMNO seorang Presiden tidak menjadi PM, sebaliknya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden parti diangkat menjadi PM.

Seorang Ahli Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sendiri mengakui budaya ‘cai’ bukan suatu yang baharu dan kritikan Zahid itu sedikit agak janggal, ujarnya.

“Soal cai ini perkara biasa, setiap kali pemilihan ada cai.

“Kenapa rasa macam tak biasa tentang benda tu? Apa yang menghairankan, yang tak normalnya?

“Setiap kali pemilihan cawangan, bahagian, majlis kerja tertinggi, mesti ada cai,” katanya dipetik laporan media.

Agenda Daily menerima beberapa maklumat daripada sumber dalam UMNO mendedahkan senarai ‘cai’ tidak rasmi untuk bertanding dalam pemilihan nanti.

Senarai ‘cai’ tidak rasmi:

1) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Presiden), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Timbalan Presiden)

2) Datuk Seri Mohamad Hasan (Presiden), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Timbalan Presiden)

3) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Presiden), belum ada (Timbalan Presiden)

4) Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Presiden), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (Timbalan Presiden)

Untuk rekod, senarai ‘cai’ tersebut adalah berdasarkan spekulasi sumber dalaman parti dan tidak menolak kemungkinan bakal terdapat perubahan bergantung kepada keadaan semasa sama ada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) atau pemilihan parti diadakan terlebih dahulu.

Senarai ‘cai’ ini terdapat kemungkinan boleh berubah sekiranya Ismail Sabri membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15 lebih awal kerana senario politik yang berbeza selepas itu jika UMNO menang besar nanti.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok