Senarai calon PN Kelantan: Ketua Armada di Machang

November 2, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Kelantan memilih Ketua Armada Bersatu Malaysia Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bertanding di kerusi Parlimen Machang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November ini.

Beliau akan berdepan penyandang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub daripada Barisan Nasional (BN) yang menang pada PRU-14 dengan hanya 2,824 majoriti apabila memperoleh 26,076 undi mengalahkan calon PAS (23,252 undi), dan calon PKR (5,695 undi).

Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Aziz digugurkan daripada terus mempertahankan kerusi itu.

Beliau digantikan calon muka baharu iaitu Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman, umum Pengerusi PN Kelantan Datuk Ahmad Yakob, malam ini (2 November 2022)..

Selain itu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Mumtaz Md Nawi menggantikan tempat Datuk Che Abdullah Md Nawi di kerusi Parlimen Tumpat.

PN Kelantan juga mempertaruhkan seorang lagi muka baharu, Zahari Kechik yang menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli.

Mustapa sebelum ini mengumumkan tidak mempertahankan kerusi Parlimen itu atas faktor kesihatan.

Senarai calon PN Kelantan (klik)

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu· Politik
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
20 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok