Senarai calon Perikatan Nasional

November 2, 2022 · Politik

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh yang disandang sejak 1978.

Beliau akan ditentang calon Barisan Nasional Datuk Razali Ibrahim yang pada PRU-14 kalah kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di kerusi Parlimen Muar. Muhyiddin juga akan ditentang calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman.

Pada PRU-14 lalu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara mengalahkan calon BN dan PAS dengan majoriti 6,927 undi. Beliau memperoleh 23,558 undi, manakala calon BN (16,631 undi), dan PAS (2,483 undi).

Sementara itu, antara nama-nama besar PN yang akan bertanding dan diumumkan malam tadi (1 November 2022) ialah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak.

Azmin akan berdepan calon PH, Datuk Seri Aminudin Shari, dan calon BN, Megat Zulkarnain Omardin.

Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin bertanding di Putrajaya; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun (Sepang), dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsuddin (Masjid Tanah).

Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga akan mempertahankan kerusinya di Larut pada PRU-15. Antara pencabarnya ialah pendakwah Datuk Kazim Alias, yang akan bertanding atas tiket BN, dan calon PH, Zolkharnain Abidin.

Sementara itu, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disahkan sebagai calon PN bagi kerusi Parlimen Tambun, menentang Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan calon BN Aminuddin Md Hanafiah.

PN juga menurunkan pendatang baharu Sasha Lyna Abdul Latif untuk bertanding di Ampang. Beliau akan berdepan penyandang kerusi Parlimen itu Datuk Zuraida Kamaruddin.

Senarai calon PN

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
11 jam lalu· Politik
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023· Politik
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Popular
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
11 jam lalu · Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
19 jam lalu · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
19 jam lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok