Semua sudah dapat jawatan, Asraf yang kalah PRU bila PM nak lantik?

October 3, 2021 · Politik

Satu persatu pemimpin UMNO yang merupakan Ahli Parlimen (MP) dan menang pilihan raya umum (PRU) lalu dilantik bagi pelbagai jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), cuma tertinggal seorang sahaja belum dilantik iaitu Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketua Pemuda UMNO itu yang namanya tercicir daripada Jemaah Menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setakat ini tidak diberikan sebarang jawatan lagi walaupun sudah jenuh bersungguh-sungguh menghimpit pemimpin nombor satu negara itu.

Bagaimanapun, Asyraf tidak perlu bimbang kerana selalunya setiap pemimpin UMNO yang dipetik oleh Agenda Daily sebagai bahan kritikan bakal dilantik bagi jawatan tertentu dalam kerajaan nanti.

Tidak dinafikan, beliau memerlukan platform untuk bergerak kerana jawatan Ketua Pemuda belum mencukupi untuk menonjolkan bakatnya, sekurang-kurangnya satu jawatan dalam GLC perlu diberikan atau paling tidak pun pegawai khas kepada PM juga sudah memadai.

Ismail Sabri boleh melantik Asyraf sebagai penasihat khas sama seperti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebelum dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Bagaimanapun, berbeza dengan Asyraf yang kalah dalam PRU-14 lalu, Ahmad Faizal merupakan seorang MP Bukit Tambun yang berjaya menang dalam pemilihan sebelum ini. Sungguh jauh bezanya dengan Asyraf yang tidak pernah memenangi kerusi dalam mana-mana PRU.

Namun, usah terlalu kecewa atau patah semangat kerana pastinya terdapat peluang kedua lagi selepas ini memandangkan jawatan Ketua Pemuda itu masih kekal ekoran penangguhan pemilihan parti UMNO yang diumumkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini.

Selagi Asraf masih mengetuai sayap pemuda itu, selagi itu juga beliau masih berpeluang untuk bertanding cuma tidak pasti kawasan Parlimen mana akan ditandinginya.

Untuk rekod, lantikan terbaharu diumumkan PM baru-baru ini adalah MP Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub selaku Pengerusi Felcra Berhad dan MP Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said selaku Penasihat Khas bagi hal ehwal undang-undang dan hak asasi manusia.

Mungkin jawatan paling sesuai untuk Asyraf adalah Penasihat Khas Ekonomi hal ehwal moratorium dan i-Citra kerana perkara tersebut merupakan kepakarannya dalam membuat gesaan kepada kerajaan terdahulu.

Tetapi sejak lawatannya ke pejabat Ismail Sabri di Putrajaya semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) sehingga dilantik menjadi PM Kesembilan, permintaan Asyraf yang mendesak pelaksanaan moratorium dan i-Citra masih belum dilaksanakan seperti dituntutnya sebelum ini.

Adakah ini satu lagi contoh kegagalan Asyraf dalam menyuarakan suara rakyat, bukankah PM sekarang dari UMNO. Jadi tidaklah perlu merayu dan meratib lagi, sepatutnya ia sudah dilaksanakan sekarang dengan segera kerana ramai rakyat diluar sana sudah tertunggu-tunggu janji Asyraf.

Atau Asyraf juga sudah terlupa janjinya? Diharapkan tidak begitu cepat beliau lupa janjinya.

Bagaimanapun Ismail Sabri pasti sedang membuat kira-kira sebelum memberi sebarang jawatan terbaik kepada Asyraf, jadi tidak perlu terlalu bimbang kerana banyak jawatan lain masih kosong.

Kepada Asyraf, bertabahlah.

Untuk rekod, Asraf tewas dalam PRU14 lalu kepada calon PAS, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan tidak pernah memenangi sebarang kerusi dalam PRU dan hanya menang pun jawatan Ketua Pemuda UMNO sahaja.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok