Semua parti perlu bekerjasama wujud kestabilan politik negara: Muhyiddin

May 21, 2022 · Politik

Ketika negara masih dalam peringkat pemulihan susulan pandemik Covid-19, peranan politik yang stabil mampu menjana semula pembangunan dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Justeru, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua parti politik termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bekerjasama demi membentuk kestabilan politik di dalam negara.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata kestabilan politik penting dalam usaha negara untuk pulih daripada pandemik Covid-19, lapor Bernama.

Menurutnya, sudah tiba masanya semua parti politik melakukan pengorbanan dan mengetepikan perbezaan untuk mengeset semula negara.

“Parti-parti politik tidak kira siapa, BN, PH, atau PN, kita mesti cari jalan bersama. Mesti ada pengorbanan. Kalau boleh bekerjasama lebih bagus.

“Tidak senang, tapi itu adalah salah satu cara untuk selesaikan masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Gerakan Pulau Pinang, hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata di luar negara ada akta “Confidence and Supply Act” (CSA) dan ini mungkin adalah antara salah satu penyelesaian untuk membentuk kerajaan yang stabil.

“Isu ini besar. sewajarnya mana-mana pihak yang berminat dan memikirkan kepentingan negara, duduk bersama untuk membentuk kerajaan yang stabil dan amanah,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Semalam, beliau berkata semua parti wajar duduk semeja berbincang bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) yang kelak bakal mengundang padah kepada rakyat dan negara.

“Persoalannya bersediakah kita nak duduk? Apakah asas yang mereka nak bincang, nak runding dan bilakah dapat diputuskan perkara itu supaya naratif yang kita nak buat difahami oleh semua.

“Kalau tak faham nanti orang kata ini apa pasal buat macam ni? Kenapa dia lawan dia? Pada saya setakat ini belum ada pertemuan rasmi atau perbincangan yang nak dibuat.

“Saya fikir ada wajar juga usaha ini dapat diberi perhatian oleh semua pimpinan parti-parti terlibat,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
UMNO tetap kena terima ‘Jeneral Anwar’
June 10, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok