Semua Bahagian sokong Ismail Sabri jadi PM, kedudukan Zahid masih selamat?

October 18, 2022 · Politik

Selepas semua UMNO Bahagian membuat usul untuk mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ke-10, kini timbul persoalan adakah kedudukan jawatan Presiden UMNO yang disandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih selamat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Umum mengetahui UMNO sebelum ini telah menangguhkan pemilihan partinya sehingga selesai PRU-15 nanti dengan alasan bagi mengelakkan perpecahan dalaman dan menumpukan kepada gerak kerja kempen jentera parti.

Bagaimanapun jika Ismail Sabri menjadi PM sekali lagi selepas memenangi PRU15, sudah semestinya kedudukan Zahid bakal tergugat memandangkan kredit pasti banyak diberikan kepada Naib Presiden UMNO itu kerana berjaya membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Ramai pimpinan UMNO yang menepis dakwaan wujudnya masalah antara orang nombor satu parti itu dengan orang nombor satu negara itu, malah Ismail Sabri sendiri berulang kali menegaskan hubungannya dengan Zahid baik-baik sahaja.

Malah semalam beliau sekali lagi memberi amaran kepada sesiapa yang cuba memecahbelahkan hubungannya dengan Zahid.

Menyentuh soal sokongan terhadap Ismail Sabri itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan tiada arahan dikeluarkan oleh mana-mana pimpinan sebaliknya ia inisiatif bahagian masing-masing.

Selain itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut dilaporkan berkata sokongan kepada Ismail Sabri adalah supaya solidariti antara presiden mentadbir parti dan perdana menteri memimpin kerajaan dapat dilihat baik dan harmoni.

Katanya perkara itu merupakan keputusan dalam mesyuarat MT UMNO sebelum ini malah Zahid mengulangi perkara itu dalam ucapannya pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bagan Datuk, semalam.

 

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok