Semua Ahli Parlimen PAS tolak keputusan Zahid, kekal sokong Muhyiddin

July 8, 2021 · Politik

Semua 18 Ahli Parlimen PAS memberi sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia, sekali gus menolak pendirian pemimpin rakan mereka – UMNO – dalam gabungan Muafakat Nasional (MN).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan hari ini dengan tegas berkata:

“PAS mempertegaskan sokongan sepenuhnya kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, termasuklah sokongan tidak berbelah bahagi sekalian 18 Ahli Parlimen PAS.”

Kenyataan PAS dibuat susulan tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, serta-merta ketika sidang medianya awal pagi tadi.

“PAS turut melahirkan kekesalan terhadap sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik dalam negara, khususnya dalam keadaan Kerajaan sedang berusaha menghadapi krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara,” katanya dipercayai merujuk kepada kenyataan Zahid.

Abdul Hadi berkata PAS juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu hati mendukung langkah-langkah kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19, terutamanya bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan.

Zahid awal pagi tadi menyatakan pendiriannya menarik balik sokongan kepada kepemimpinan kerajaan PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Rosol Wahid menyifatkan keputusan Zahid itu sekadar melepaskan dirinya kerana gagal mengurus UMNO.

“Nampak sangat keputusan dibuat ada percanggahan pendapat dalam kalangan ahli MT (Majlis Tertinggi),” kata bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu itu.

Sebelum itu, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Zahid tersebut menyeleweng daripada topik perbincangan yang berjalan malam tadi atau dalam erti kata lain yang dibincang tapi lain pula yang keluar dari mulutnya semasa membaca perutusan sidang media itu.

“Sebaik saja Presiden UMNO selesai membuat kenyataan media lewat tengah malam tadi, saya dihubungi beberapa ahli MT yang menyatakan kenyataan media Presiden tidak menggambarkan keputusan mesyuarat MT,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, Annuar mendedahkan hasil daripada maklumat yang diperolehnya, kenyataan media semasa siaran sidang media tersebut sudah dirancang lebih awal sebelum berlangsung mesyuarat MT jam 8.30 malam tadi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
4 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok