Semua 28 kerusi BN tanding, tiada kerjasama kerana yakin menang besar

Tiada kerjasama dengan PAS dan Bersatu selepas Barisan Nasional (BN) memuktamadkan keputusan bertanding secara solo dengan pengumuman meletak semua calonnya di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Dalam pengumuman calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu 20 calon akan diletak UMNO, lapan diwakili MCA dan satu kerusi MIC, serta memberi keyakinan akan menang besar kali ini.

Daripada jumlah itu, 24 calon atau 86 peratus adalah calon muka baharu dan ia tidak pernah dilakukan BN dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini, kata Mohamad.

BN juga menggunakan tema Kestabilan Demi Kemakmuran pada PRN Melaka bagi menarik sokongan pengundi kerana kestabilan amat penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang bakal dibentuk kelak.

“Dalam permuafakatan BN ini, sukacita saya maklumkan BN pergi (bertanding) secara bersendirian, tidak akan bersama-sama dengan mana-mana parti dan kita akan guna logo kita sendiri sebagai sebuah parti yang melambangkan kemajmukan masyarakat berbilang kaum dalam negara ini

“BN pergi bersendirian, saya ulang lagi sekali, tidak ada lagi soal jawab sama ada nak bersama dengan siapa-siapa.

“Sehubungan itu BN akan menurunkan 28 calon di 28 DUN PRN Melaka. Seramai 24 calon baharu dan empat adalah penyandang. Keputusan dibuat hasil perbincangan semua parti komponen dalam BN,” katanya pada sidang media hari ini.

Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Berkenaan komposisi calon muka baharu dan lama, Mohamad berkata, buat kali pertama peratusan muka baharu jauh lebih tinggi, berbanding penyandang iaitu sebanyak 86 peratus.

Sebelum ini kata Mohamad, jumlah calon muka baharu kebiasaannya tidak melebihi 50 peratus.

“Di samping itu BN turut mengetengahkan 28 peratus calon berusia 45 tahun ke bawah

“Kita juga menampilkan lima calon wanita iaitu empat dari UMNO dan seorang dari MCA,” katanya.

Suruhanhaya Pilihan Raya (SPR) menteapkan Isnin ini sebagai hari penamanaan calon PRN Melaka manakala proses pengundiannya pada 20 November ini.

Berikut senarai calon Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka:

N01 Kuala Linggi – Rosli Abdullah

N02 Tanjung Bidara – Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

N03 Ayer Limau – Hameed Mytheen Kunju Basheer

N04 Lendu – Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali

N05 Taboh Naning – Zulkiflee Mohd Zin

N06 Rembia – Datuk Muhamad Jailani Khamis

N07 Gadek P. Shanmugam V Ptcyhay

N08 Machap Jaya – Ngwe Hee Sem

N09 Durian Tunggal – Zahari Abd Kalil

N10 Ashan – Fairul Nizam Roslan

N11 Sungai Udang – Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad

N12 Pantai Kundor – Tuminah Kadi @ Mohd Hasim

N13 Paya Rumput – Datuk Rais Yasin

N14 Klebang – Datuk Lim Ban Hong

N15 Pengkalan Batu – Datuk Kalsom Nordin

N16 Ayer Keroh – Yong Fun Juan

N17 Bukit Katil – Datuk Wira Hasnoor Sdg Husin

N18 Ayer Molek – Datuk Rahmad Mariman

N19 Kesidang – Leong Hui Ying

N20 Kota Laksamana – Benjamin Low Chin HongN

21 Duyong – Mohd Noor Helmu Abdul Halem

N22 bandar Hilir – Lee Kah Sean

N23 Telok Mas – Datuk Abdul Razak Abdul Rahman

N24 Bemban – Datuk Koh Chin Han

N25 Rim – Datuk Khaidhirah Abu Zahar

N26 Serkam – Datuk Zaidi Attan

N27 Merlimau – Dr Muhamad Akmal Saleh

N28 Sungai Rambai – Siti Faizah Abdul Azis

BERITA BERKAIT
POPULAR