Seloka Zahid pujuk hati gundah gulana

April 11, 2021 · Politik

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lebih banyak berseloka dan bermuhasabah sejak tersebarnya audio mirip suara beliau sedang berbual dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini dapat dilihat menerusi kiriman-kiriman beliau di dalam Facebook sejak beberapa hari lalu yang turut disertakan dengan gambar beliau sedang mengaminkan doa, dan bersolat.

Tulisannya pula lebih sederhana, tidak memfokuskan kepada isu politik, khususnya selepas beliau diasak bertalu-talu supaya melepaskan jawatan Presiden UMNO.

Menurut satu kajian yang disiarkan dalam British Journal of Health Psychology menulis mengenai emosi positif dapat membantu mengurangkan tekanan dan kegelisahan.

Pada jam 10.16 pagi semalam, Zahid memuat naik satu kiriman yang menganjurkan kepada perpaduan ummah serta bermaaf-maafan sebagaimana dilaporkan Agenda Daily.

Berserta kiriman itu Zahid memuat naik poster mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam dengan gambar beliau sedang bersolat.

Dan, pada 8.03 malam tadi, Zahid sekali lagi memuat naik kiriman di dalam Facebook beliau. Kali ini dengan berseloka kisah perjuangan, pembohongan, resah dan gundah gulana.

Kata Zahid:

Biar pun berdentum di langit, walau lautan luas bergelora, jiwa ini tidak akan sesekali mengabaikan nasib rakyat dan negara.

Akan ku harungi dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim tanpa gentar tanpa gundah demi amanah dan tanggungjawab.

Andai tangan diikat, lidahku masih bertutur kata, andai suara dikunci, hatiku terus berdoa demi sebuah kebenaran dan kejujuran.

Tidak perlu berasa resah dan gundah gulana kerana inilah erti suatu perjuangan pasti ada halilintar di setiap masa.

Walau kezaliman di depani, pembohongan datang dan pergi, naluri ini tetap berpegang kepada yang seharusnya dipertahankan.

Bukan kerana diri, tetapi demi institusi tunjang agama dan bangsa sejak lebih 70 tahun lalu agar terus berdiri memayungi rakyat dan negara.

Sejarah tertulis pada setiap kebenaran pasti ada kepalsuan yang menghalang. Natijah kebenaran jua akhirnya terserlah.

InsyaAllah masa akan menentukan. Cekalkan hati, kuatkan ketakwaan dan teruskan perjuangan. Kepada Allah S.W.T kita berserah.

Baru-baru ini, Agenda Daily melaporkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan mereka saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Susulan itu, pemimpin UMNO pelbagai peringkat mendesak Zahid melepaskan jawatan kerana bimbang parti itu akan dibawa secara diam-diam untuk bekerjasama dengan PKR dan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Tegur DAP pun tak boleh dalam UMNO sekarang, pecat nanti: Isham
December 15, 2023· Politik
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok