Selesai dulu krisis kuasa dengan Anwar: Wan Saiful beritahu Rafizi

November 6, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) tidak bimbang dengan ugutan untuk mendedahkan kononnya ada pemimpin parti itu yang terlibat dengan rasuah dan kepincangan ketika mengetuai pentadbiran negara pada 2020 hingga Ogos 2021.

Malah, PN mengalu-alukan sebarang pendedahan, mahupun teguran yang hendak dibuat Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang juga calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Pandan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan bagaimanapun meminta Rafizi menyelesaikan juga masalah dalaman parti itu, terutama berhubung kuasanya sebagai timbalan presiden yang mengatasi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya mengalu-alukan sebarang pendedahan yang ingin dibuat yang pastinya tindakan Rafizi dilihat sedang mencabar autoriti Presidennya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak pernah lagi saya tengok parti seperti itu (cabar Presiden) tetapi kita alu-alukan sahaja teguran yang beliau mahu buat, walaupun bagi kita mungkin elok beliau selesaikan masalah parti beliau dahulu,” kata Wan Saiful yang juga calon Perikatan Nasional Parlimen Tasek Gelugor ditemui di Bilik Gerakan PN Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini (6 November 2022)..

Wan Saiful berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Rafizi malam tadi yang mahu mendedahkan apa yang didakwanya kononnya berlaku kepincangan dan rasuah bernilai berbilion ringgit membabitkan pimpinan UMNO, Bersatu dan PAS ketika di bawah PN, esok.

Pendedahan itu menyusul persoalan yang dibangkitkan orang ramai, termasuk pemimpin Bersatu berhubung aset harta Rafizi bernilai RM18.85 jutal, di mana kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke, sebuah syarikat yang ditubuhkannya.

Malah, bekas Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Datuk Mohd Rashid Hasnon sendiri mempersoalkan pendapatan dan aset Rafizi sehingga berjuta-juta ringgit.

“Invoke ditubuhkan oleh Rafizi kononnya untuk kepentingan awam. Invoke telah merayu dan menerima sokongan orang ramai melalui beberapa cara kutipan dana.

“Adakah Rafizi bersetuju Invoke menerima sokongan awam termasuk melalui beberapa cara kutipan dana walaupun beliau telah memasukkan wang beliau sendiri?

“Adakah Rafizi bersetuju bahawa saham Invoke yang kini bernilai berjuta-juta ringgit adalah sebab sokongan orang ramai dan publisiti terhadapnya untuk mendapatkan pilihan raya yang adil,” soalnya Mohd Rashid.

Pada 2 November lalu, Rafizi tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta di mana kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke.

Sementara itu, Wan Saiful berkata, penerimaan penduduk Tasek Gelugor terhadapnya amat memberangsangkan dan positif.

“Sokongan yang diberikan amat menggalakkan dan saya memang seronok dengan suasana di sini.

“Ada juga pengundi yang kita temui mengaku mereka adalah penyokong PAS dan apabila dimaklumkan saya mewakili parti itu mereka menerimanya secara terbuka,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
22 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
22 jam lalu· Politik
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok