Selepas Zahid kekal Presiden UMNO, pasti Anwar paling gembira

April 26, 2021 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih kekal Presiden UMNO yang sah walaupun pelbagai spekulasi pada awalnya diramalkan beliau akan didesak meletak jawatan semasa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam.

Keputusan tersebut pastinya menggembirakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila anak muridnya itu berjaya menyakinkan Ahli Majlis Tertinggi dengan hujahnya yang kukuh walaupun kritikan dan kecaman dihamburkan terhadap Presiden UMNO itu sebelum ini.

Selepas berakhir mesyuarat semalam, kesimpulannya Zahid masih dianggap terselamat dan mempunyai pengaruh dikalangan ahli mesyuarat sehingga tiada ada sesiapa yang berani membangkitkan isu berhubung klip audio perbualan dengan Anwar yang tular sebelum ini.

Hanya kenyataan berhubung pemilihan parti sahaja dikeluarkan selepas berakhir mesyuarat semalam, langkah tersebut dilihat dapat meredakan sedikit ketegangan politik dalaman UMNO yang sedang bergolak selepas tular klip tersebut.

Anwar boleh merasa bangga dengan keberanian Zahid dalam mengendalikan mesyuarat yang dianggap paling penting pernah diadakan bekas partinya itu, hampir majoriti Ahli MKT UMNO mengunci mulut daripada mengulas perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat.

Sumber memberitahu Zahid berjaya menepis setiap perkara berbangkit semasa mesyuarat dan lebih penting jawapan yang diberikannya berjaya menyakinkan Ahli MKT berhubung strategi kerjasama dengan Anwar dan DAP untuk mengharungi pilihan raya umum nanti.

Bagaimanapun, sumber dalaman berkata langkah pemecatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dianggap suatu yang mengejutkan memandangkan keputusan tersebut dibuat dengan menggunakan kuasa mutlak yang ada pada Presiden tanpa merujuk terlebih dahulu dalam mesyuarat semalam.

“Mungkin Presiden mahu memberikan isyarat awal kepada kumpulan penentang semasa mesyuarat beliau mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju parti dan pemecatan Shahidan adalah amaran kuat supaya tidak ada yang berani melawannya,” kata sumber.

Zahid bertindak memecat Shahidan sehari sebelum berlangsung mesyuarat semalam.

Dalam keadaan Zahid masih berkuasa dalam UMNO, pasti Anwar boleh menarik nafas lega kerana pintu rundingan antara PKR dengan UMNO dilihat masih terbuka dan berpeluang cerah diterjemahkan apabila semakin dekat pilihan raya nanti.

Kenyataan keputusan Ahli MKT yang menunggu sehingga Ogos kemudiaan baharu diputuskan hubungan dengan Bersatu memberi kelebihan kepada Anwar untuk meneruskan tekanan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membubarkan Parlimen dan sekaligus memberi laluan kepada pilihan raya diadakan dengan kadar segera.

Selain itu, tarikh pemilihan UMNO yang belum dimuktamadkan juga akan dapat membantu Anwar untuk terus menguasai UMNO menerusi proksinya, Zahid kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengawal kumpulan penentang yang menolaknya secara total sama ada dalam bentuk kerjasama mahu pun sebagai calon perdana menteri.

Sekiranya pemerhati politik beranggapan Zahid yang paling gembira dengan keputusan Mesyuarat MKT semalam ia adalah satu kesilapan kerana sebenarnya Anwar adalah individu yang paling gembira apabila Zahid masih kekal sebagai Presiden UMNO.

Berita berkaitan
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
1 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
1 jam lalu· Isu semasa
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
7 jam lalu· Politik
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
7 jam lalu· Politik
Popular
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
July 2, 2022
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
July 3, 2022
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
July 3, 2022
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
48 minit lalu · Politik
Parti Syed Saddiq intai peluang bertanding di Perak
2 jam lalu · Politik
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
9 jam lalu · Politik
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
18 jam lalu · Politik
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok