Selepas tiada nama dalam senarai calon di Johor, Mat Maslan kata itu palsu

October 27, 2022 · Politik

Selepas tular senarai calon Barisan Nasional (BN) di Johor semalam, Datuk Seri Ahmad Maslan tampil membuat penafian.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata senarai tersebut palsu dan mendakwa memiliki senarai yang asli, ia selepas nama penyandang kerusi Parlimen Pontian itu dikatakan tercicir dalam senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Yang dulu palsu, yang ini (pun) palsu,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Ahmad yang dikenali Mat Maslan juga berkata segalanya akan terjawab pada hari pengumuman calon BN Johor yang dijangka akan diadakan sebelum hari penamaan calon 5 November ini.

Jelasnya, perkara berhubung calon sudah diketahuinya, namun tidak boleh dikongsi atau diumumkan setakat ini

“Saya sudah tahu, tetapi tidak boleh umum,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular senarai calon BN Johor yang dikatakan bakal bertanding pada PRU-15 di 26 Parlimen antaranya Pengerusi BN dan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad di Parlimen Simpang Renggam dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian di Parlimen Pontian.

Kerusi Parlimen Pontian yang mempunyai dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Benut dan Pulai sebelum ini hangat diperkatakan apabila Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian antara mengumumkan akan bertanding pada PRU-15.

Kerusi Parlimen Pontian sebelum ini dimenangi Ahmad selama tiga penggal dan beliau menang majoriti tipis 833 undi dalam pertembungan tiga penjuru pada PRU-14.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
5 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok