Selepas teruk dibalun kawan Pak Sheikh, Zahid kata Khairy yang pilih Sungai Buloh

November 10, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terpaksa menjawab dakwaan dibuat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mendakwa Presiden UMNO itu mahu membunuh karier politiknya dengan meletak beliau di Sungai Buloh.

Khairy yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Buloh itu sebelum ini berkata akan membuktikan kesilapan yang dilakukan oleh mereka yang mahu membunuh karier politiknya dengan beranggapan beliau tidak mampu memenangi kerusi baharu tersebut.

Bagaimanapun, tidak tahan dengan kritikan Khairy yang baru-baru ini secara terbuka membidas Zahid sebagai kawan baik dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebaliknya bekas Ahli Parlimen Rembau itu sendiri yang meminta untuk bertanding di Sungai Buloh.

“KJ (Khairy) yang minta diberikan peluang bertanding di sana dan saya tunaikan permintaannya,” katanya dipetik laporan media selepas melawat Bilik Gerakan Pilihan Raya Titiwangsa malam tadi.

Presiden UMNO itu berkata demikian ketika ditanya keputusan BN meletakkan Khairy di kawasan yang bukan kubu kuat gabungan itu.

Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau dicalonkan di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lagi.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu bertukar kawasan bagi memberi laluan kepada Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding di Parlimen Rembau.

Ditanya mengenai cita-cita Khairy untuk menjadi Perdana Menteri pada masa depan, Zahid berkata terlalu awal untuk beliau mengulas perkara itu.

“Perkara itu bergantung kepada keputusan pilihan raya akan datang bukan pilihan raya kali ini,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok