Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula

October 6, 2022 · Politik

Sebaik selesai menghadap di Istana Negara hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus mengadakan pertemuan dengan ‘top five’ UMNO di Menara Dato Onn petang ini.

Pelbagai spekulasi tercetus selepas pertemuan Ismail Sabri dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang tadi, namun Naib Presiden UMNO itu masih mengunci mulut dan teka-teki berhubung isu yang dibincangkan juga masih menjadi tanda-tanya.

Setakat ini, belum tidak dapat dipastikan tujuan pertemuan ‘top five’ UMNO tersebut, namun dipercayai berkaitan pembubaran Dewan Rakyat selepas Ismail Sabri sebelum ini sudah diminta oleh Majlis Tertinggi (MT) untuk mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen pada masa terdekat bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Sementara itu, sumber Agenda Daily juga berkongsi gambar Ismail Sabri tiba di Menara Dato Onn yang disambut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bersama-sama dengan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Difahamkan, Ismail Sabri mungkin bertemu dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan hasil daripada pertemuan dengan Agong tadi.

Petang tadi, Ismail Sabri menghadap Agong selama kira-kira 45 minit di Istana Negara.

Ismail Sabri dilihat tiba di pintu masuk Istana Negara jam 3.48 petang tadi, sebelum kenderaan Toyota Alphard berwarna putih membawa beliau keluar kira-kira jam 4.45 petang.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok