Selepas Presiden MCA disaman, kini Azmin diberi amaran pengimport telur

March 13, 2023 · Politik

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali berdepan tindakan undang-undang daripada pengimport telur yang mahu menyamannya susulan kenyataan semasa ceramah di Taman Melewar pada hujung minggu baru-baru ini.

Syarikat pengimport telur yang didakwa membawa masuk bahan makanan asas itu dari India ke Malaysia dalam satu kenyataan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Azmin, ia tindakan sama yang sudah diambil sebelum ini terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kerana membangkitkan isu sama.

Terdahulu, Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam memberitahu sudah menerima dua surat sama daripada syarikat pengimport telur tersebut susulan kenyataannya di Dewan Rakyat sebelum ini.

“J&E Advance Tech Sdn Bhd dengan ini menuntut melainkan Azmin Ali membuat ganti rugi yang perlu dengan mengeluarkan kenyataan pembetulan secara bertulis kepada kami dan dalam platform media sosial yang kerap digunakan dalam tempoh 72 jam dari tarikh ini atau kami akan meneruskan untuk memulakan tindakan undang-undang terhadapnya,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Syarikat itu juga menafikan mendapat membawa masuk telur itu secara rundingan terus sebaliknya hanya membuat permohonan untuk membawa masuk telur bagi mengatasi kekurangan bekalan menjelang musim perayaan nanti.

“J&E Advance Tech Sdn Bhd tidak pernah menjual telur kepada Kerajaan Malaysia dan hanya mengimport telur sebagai langkah untuk menangani masalah bekalan di pasar raya besar tempatan, pasar raya dan pasar mini semasa musim perayaan dari Disember 2022 hingga Jun 2023 kerana terdapat masalah yang teruk kekurangan di pasaran mulai Oktober 2022 yang menyebabkan kami meminta kebenaran daripada Kerajaan Malaysia untuk mengimport telur bagi membantu menyelesaikan kekurangan yang teruk di pasaran,” kata kenyataan itu lagi.

Pada sidang Dewan Rakyat lalu, Wee mendapat perhatian apabila membawa tiga telur berlainan jenis iaitu telur ayam dari India, telur ayam omega dan telur ayam tempatan dalam Dewan Rakyat.

Beliau ketika itu menggesa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menumpu soal ketidakcukupan telur ayam tempatan, bukannya mengimport telur ayam antaranya dari India untuk menampung keperluan domestik.

“Cuma saya hairan apabila saya berucap di sini, saya (ada) terima surat daripada peguam yang mewakli pengimport dari India. Itu yang saya tak faham dan saya ditegah untuk berucap.

“Ini yang teruk. Sebab itu saya ada jawab nanti… (sila) tengok Facebook saya. Saya kena tunjukkan. Ini medan saya sebagai wakil rakyat.

“Saya rasa terpanggil untuk membawa isu ini. Apa salah saya sehingga pengimport melalui peguam tulis surat kepada saya.

“Ini floor (platform) saya. Saya pun tak sebut syarikat apa dan saya tak nak tahu (syarikat apa),” katanya pada 28 Februari lalu di Dewan Rakyat.

Berita berkaitan
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu· Politik
Bekalan mulai stabil selepas kemasukan telur import: Mat Sabu
March 19, 2023· Isu semasa
Deepak digesa buat laporan polis atau Wee akan buat laporan sendiri
March 18, 2023· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
19 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu · Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok