Selepas percakaran sesama parti, PMX tak tolak ada usaha jatuhkan kerajaan

May 1, 2023 · Politik

Terdapat kemungkinan usaha untuk menjatuhkan kerajaan campuran ketika ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri (PMX) bagaimanapun menyifatkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan campuran sebagai tidak berasas dan kenyataannya itu hadir selepas beberapa parti dalam kerajaan dilihat bercakaran antara satu sama lain ketika ini.

Namun, Anwar menggesa semua pihak supaya tidak melayan pihak yang ingin berkomplot menjatuhkan kerajaan.

“Komplot ada tetapi tidak ada asasnya, kita tumpu kerja, kalau dia (pengkomplot) tak ada komplot, dia kerja apa? Maknanya dia jalankan tugas dia, setiap bulan dia ada strategi.

“Jadi, kita tumpu kerja dan jangan layan pengigau-pengigau,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Ujarnya lagi, gabungan empat parti politik utama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah cukup kuat dan berupaya untuk menangkis komplot menjatuhkan kerajaan selain sudah menyatakan komitmen untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, sebuah portal berita pro-PH sebelum ini melaporkan wujud usaha menggulingkan kerajaan selepas beberapa Ahli Parlimen dari BN didakwa dipujuk individu penting untuk meninggalkan parti mereka dengan mengorbankan kerusi dimenangi.

Dengan memetik sumber, portal itu mendedahkan sekurang-kurangnya 12 Ahli Parlimen BN menjadi sasaran dalam konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pentadbirannya ketika ini amat kuat dengan didukung parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Justeru, beliau meminta semua pihak supaya tidak melayan pihak yang sengaja mahu menimbulkan keresahan.

“Setakat yang kita pantau, keadaan cukup kuat dan yang penting, PH, BN, GPS, GRS termasuk yang lain-lain, komitmennya cukup jelas.

“Jadi (kita) tumpu kerja, jangan layan pengigau-pengigau,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dua parti dalam kerajaan campuran iaitu DAP dan Amanah baru-baru ini berselisih faham dengan UMNO kerana kritikan tajam yang mengguris parti tersebut.

Baru-baru ini, pemimpin UMNO membidas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad susulan kenyataannya yang tidak menyokong permohonan pengampunan kepada Datuk Seri Najib Razak yang sedang dipenjarakan ketika ini.

Khalid diserang pemimpin UMNO yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak wajar.

Berita berkaitan
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
2 jam lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
2 jam lalu· Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
6 jam lalu· Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
8 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
2 jam lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
5 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
8 jam lalu · Politik
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
9 jam lalu · Politik
Selagi Zahid jadi Presiden, saya tidak akan hadir: Tun Faisal
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok