Selepas pelbagai kontroversi, MPP PKR terima keputusan rasmi pemilihan

July 7, 2022 · Politik

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan untuk menerima keputusan rasmi Pemilihan Keadilan 2022 yang telah diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, MPP sebelum ini telah meneliti laporan JPP berkaitan pembekal perkhidmatan yang membangunkan aplikasi ADIL serta firma audit forensik yang dilantik jawatankuasa itu, dan perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat khas malam tadi, menurut laporan Bernama.

Katanya MPP menerima penjelasan penuh firma audit forensik bahawa langkah-langkah bersesuaian untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan berkenaan telah diambil, yang memperakui wujud beberapa kelemahan pada peringkat pelaksanaan sistem berkenaan.

“Oleh yang demikian, MPP dengan ini menerima keputusan rasmi Pemilihan Keadilan 2022 yang telah diumum JPP,” katanya.

Beliau berkata MPP mengambil maklum sebahagian daripada 1,800 aduan yang diterima masih dalam penelitian JPP, serta menerima jaminan jawatankuasa itu akan menyelesaikan masalah berkenaan, selain memberi maklum balas bertulis kepada semua yang mengemukakan aduan.

“MPP turut diberi taklimat penuh oleh firma audit forensik berhubung dapatan audit lengkap bagi Pemilihan Keadilan 2022. Berdasarkan perbincangan dan pembentangan penuh malam tadi, MPP mengambil maklum bahawa sistem ADIL yang dibangunkan adalah suatu sistem dengan integriti yang utuh,” katanya.

Sementara itu Fahmi berkata Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 Julai ini akan diteruskan di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, Selangor.

Berita berkaitan
Shafie menang tanpa bertanding Presiden Warisan
3 jam lalu· Politik
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022· Isu semasa
Ahmad Faizal dakwa Anwar mungkin bimbang ditolak pengundi Port Dickson
August 12, 2022· Politik
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
August 11, 2022· Politik
Popular
Najib serba tahu di Facebook tapi serba tak tahu di mahkamah: Rafizi
August 15, 2022
UMNO Kedah tak ingin kerjasama dengan PAS pada PRU-15
August 15, 2022
PM faham tuntutan jawatan TPM
August 15, 2022
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
August 15, 2022
Lagi Politik terkini
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
3 jam lalu · Politik
UMNO Kedah tak ingin kerjasama dengan PAS pada PRU-15
6 jam lalu · Politik
PM faham tuntutan jawatan TPM
6 jam lalu · Politik
UMNO Bahagian cadang Ku Nan kekal sebagai calon di Putrajaya: Laporan
8 jam lalu · Politik
Najib serba tahu di Facebook tapi serba tak tahu di mahkamah: Rafizi
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
7 jam lalu
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok