Selepas pecat-memecat, UMNO umum pemilihan parti bermula 1 Februari depan

January 28, 2023 · Politik

Pemilihan parti UMNO akan bermula pada 1 Februari selepas tertangguh hampir setahun lebih atas alasan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu.

Pengumuman tarikh pemilihan parti itu dibuat sebaik sahaja UMNO menjalankan operasi pecat-memecat pemimpin dan ahli-ahli malam tadi dengan menyaksikan beberapa nama besar disingkirkan dan digantung keahlian.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ia membabitkan mesyuarat dan pemilihan bagi jawatankuasa cawangan, pemuda, wanita dan puteri cawangan yang berlangsung sehingga 26 Februari iaitu selama 26 hari.

Sementara mesyuarat perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli MKT UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.

“Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, EXCO Pergerakan Pemuda dan EXCO Pergerakan Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Ab Samad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 (JPU 2023) dan Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub dilantik sebagai Setiausaha JPU 2023.

“Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat adalah bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023 jam 5 petang.

“Kenyataan terperinci mengenai hal ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

UMNO pertama kali menangguhkan pemilihannya yang sepatutnya diadakan pada 2021 sehingga tempoh 18 bulan, berakhir Disember 2022.

Namun pada akhir tahun lalu, UMNO meminda Fasal 10.16 perlembagaanya dan membenarkan penangguhan sekali lagi pemilihan iaitu enam bulan selepas pilihan raya peringkat Dewan Rakyat.

Tarikh akhir pemilihan UMNO terkini adalah pada 19 Mei 2023.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
7 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
18 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok