Selepas Parlimen bubar, siapa yang berkuasa? Zahid atau Ismail Sabri?

October 5, 2022 · Politik

Spekulasi kuat mengatakan Parlimen bakal dibubarkan juga pada minggu ini dengan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah diarah menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan cadangan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini juga.

Buat ketika ini kuasa untuk mencadangkan pembubaran Parlimen ke-14 berada di tangan Ismail Sabri kerana ia pregoratif selaku ketua kerajaan, namun selepas dibubarkan kuasa tersebut sudah beralih kepada ketua parti.

Uniknya sistem demokrasi negara, kuasa seseorang ketua kerajaan itu apabila terbubarnya Parlimen ia akan berpindah pula kepada seseorang yang menjadi ketua parti itu pula.

Dalam senario semasa, apabila terbubar Parlimen, secara automatik bos Ismail Sabri adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana watikah calon hanya boleh ditandatangani Presiden UMNO tersebut bukan orang lain.

Malah untuk memilih calon PM nanti juga bukan lagi kuasa Ismail Sabri tetapi Zahid yang mempunyai kuasa untuk meletak calon pilihannya dilantik PM Ke-10 jika UMNO-Barisan Nasional memenangi PRU-15 nanti.

Ismail Sabri walaupun pada awalnya dipilih sebagai ‘poster boy’ tetapi jika pada saat akhir tidak dapat menjadi PM, ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana kuasa menentukan siapa yang akan jadi PM selepas ini berada pada tangan Zahid.

Episod selepas PRN Johor adalah contoh terbaik, lihat bagaimana apabila calon Menteri Besar yang diumum UMNO adalah Datuk Hasni Mohammad tetapi yang dilantik adalah Datuk Onn Hafiz.

Oleh sebab itu, pemimpin pembangkang cuba memberi nasihat kepada Ismail Sabri supaya berhati-hati agar tidak tunduk kepada Zahid tetapi nampaknya perkara itu diabaikan.

Dalam perkembangan lain, spekulasi kuat mengatakan Parlimen bakal dibubar pada Jumaat dan akan menyaksikan laluan kepada PRU-15 diadakan.

Malah, media melaporkan Ismail Sabri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Khamis bagi mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen.

Dijangka Ismail Sabri akan membawa mandat UMNO yang diarahkan kepadanya untuk disampaikan kepada Agong bagi menimbang kehendak politik mereka.

Akhirnya nasib 33 juta rakyat Malaysia yang bakal berdepan bencana banjir akan ditentukan semasa PRU-15 diadakan secara tergesa-gesa sehingga tidak lagi menghiraukan kebajikan dan kepentingan rakyat.

Kepentingan dan kehendak UMNO lebih penting sehingga Ismail Sabri terpaksa akur dengan partinya dan membubarkan Parlimen.

Beberapa negeri juga sudah mengalami bencana banjir ketika ini, antaranya Johor dan Perak dengan media melaporkan hujan lebat hampir setiap hari menjelang hari pengumuman pembubaran Parlimen.

Pengakhirannya, rakyat juga yang terpaksa berdepan dengan kerakusan ahli politik yang mementingkan tembolok kuasa, kesusahan rakyat ditolak tepi demi mengejar cita-cita parti.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu· Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
23 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
23 jam lalu· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
11 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok