Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian

January 28, 2023 · Politik

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerima nasib sama dengan Tan Sri Noh Omar apabila dipecat UMNO, sementara bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula digantung keahlian selama enam tahun.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuktikan keberaniannya ‘ready to fight’ dengan mengambil tindakan drastik memecat dan menggantung kumpulan penentang dalam parti semasa mesyuarat Majlis Tertinggi malam ini.

Mesyuarat MT UMNO malam ini dipengerusikan Zahid sendiri dan sudah memberi bayangan sejak semalam bakal berlaku pembersihan besar-besaran dalam partinya.

Ahli MT, Datuk Puad Zarkashi mengesahkan pemecatan Khairy malam ini, sementara Noh juga mengesahkan sendiri dirinya dipecat semasa ditemui media di bangunan UMNO awal tadi.

Turut dikenakan tindakan malam ini, penyandang Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan Suffian yang juga digantung keahlian bersama-sama seorang lagi Ahli MT, Fathul Bari Mat Jahya; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Maulizan Bujang.

Selain itu, Datuk Seri Hasni Mohammad juga digugurkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Johor dan digantikan dengan Naib Presiden, Datuk Seri Khaled Nordin.

Hasni menerajui UMNO Johor sejak 2018 dan pada 28 Februari 2020, beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
6 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
18 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok