Selepas Muhyiddin janji selesai isu MA63, Ismail Sabri pun nak buat juga

November 15, 2022 · Politik

Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji menyempurnakan tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), hari ini (15 November 2022), Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga mahu berbuat demikian.

Memetik laporan Sinar, Perdana Menteri kerajaan sementara itu menyatakan komitmennya untuk menyelesaikan segala perkara yang tertunggak dalam MA63 secara berperingkat.

Ismail Sabri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas MA63 berkata, usaha itu bagi memastikan setiap perjanjian termaktub dalam MA63 dapat dilunaskan demi perubahan besar, termasuk di Sabah.

Beliau berkata, banyak perkara telah dicapai menerusi jawatankuasa khas MA63, termasuk dalam aspek bayaran tunai petroleum daripada Petronas dan cukai jualan ke atas produk petroleum kepada negeri ini yang bernilai hampir RM5 bilion.

Bagaimanapun Ismail Sabri tidak menyatakan bila isu berkaitan bayaran tunai petroleum itu diselesaikan selain jawatankuasa yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah Majlis Khas Mengenai MA63 yang ditubuhkan Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional.

Muhyiddin menubuhkan majlis itu setelah mendapat persetujuan Kabinet pada 9 September 2020. Ismail Sabri adalah Menteri Pertahanan yang dilantik Muhyiddin ketika itu.

Ketika pentadbirannya juga, Muhyiddin mewujudkan portfolio khusus Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di dalam Kabinet dengan memberikan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) kepada Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, dan melantik Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib sebagai Timbalan Menteri.

Isu mengenai MA63 juga dimasukkan dalam manifesto PN BEST yang antara lain menyebut mengenai usaha memacu pembangunan inklusif Sabah dan Sarawak melalui pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, selain mengutamakan pengagihan peruntukan pembangunan kepada Sabah dan Sarawak bagi mempercepatkan pembangunan sosioekonomi setempat.

Ketika ceramah mega Perikatan Nasional di Taman Keramat di dalam kawasan Parlimen Gombak, semalam (14 November 2022), Muhyiddin turut menyentuh mengenai wilayah Sabah dan Sarawak serta MA63.

Menurut Muhyiddin semalam sudah bertahun-tahun sejak Malaysia ditubuhkan, kerajaan Barisan Nasional tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Sabah dan Sarawak, khususnya berkaitan Patronas

“Sebab kedua-dua Sabah dan Sarawak ada mengeluarkan minyak dan gas dan yang menguruskannya ialah Petronas. Tetapi tuntutan oleh kerajaan kedua-dua buah negeri pada kerajaan Barisan Nasional dulu tidak dapat ditunaikan.

“Sekarang ini saya dah selesaikan masalah itu. Dalam hanya kurang daripada setahun, we settle the problem. Hari ini Sabah dan Sarawak sudah dapat sebahagian penting dalam perjanjian itu (MA63) yang telah ditunaikan oleh kerajaan Perikatan Nasional waktu saya mentadbirkan negara.

“Dia (Sabah dan Sarawak) dapat duit banyak. Dah lah dia kaya dengan minyak… dengan ada usaha kita (Kerajaan Perikatan Nasional) menyelesaikan masalah Petronas… dia dapat dua tiga empat bilion tambahan setahun.

“Saya menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak…. kerana sahabat kita di Sabah dan Sarawak juga memerlukan pembangunan. Jadi dengan ada peruntukan itu sebahagian masalah yang mereka hadapi selesai,” kata Muhyiddin lagi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya seleweng RM600 bilion?
8 jam lalu· Rencana
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022· Isu semasa
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
37 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok