Selepas kritik Anwar, nama Rafizi tercicir dalam sesi penggulungan?

July 17, 2022 · Politik

Tular dalam media sosial nama Timbalan Presiden PKR baharu, Rafizi Ramli yang sepatutnya dijadualkan berucap semasa sesi penggulungan pagi ini di Kongres Nasional PKR tercicir daripada jadual asal dan tidak diberikan slot untuk menggulung.

Bukan sahaja nama Rafizi tercicir daripada jadual asal untuk menggulung ucapan dasar Presiden, malah empat Naib Presiden baharu yang lain juga tidak berada dalam senarai jadual baharu penggulungan pada hari terakhir kongres hari ini, menurut jadual tular tersebut.

Hanya nama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) baharu, Adam Adli dan Ketua Wanitanya, Fadhlina Sidek sahaja diberikan slot untuk berucap semasa sesi penggulungan.

Senario yang berlaku ini tidak mengikut kebiasaan parti dimana pemimpin tertinggi dalam parti akan diberikan slot untuk menggulung pada kongres, tetapi sebaliknya berlaku pada sesi kali ini.

Difahamkan, langkah tersebut diambil susulan kritikan pedas Rafizi semalam terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga memaksa beliau menegur bekas Ahli Parlimen Pandan tersebut.

Bagaimanapun, semasa sesi pagi ini Pengerusi Tetap PKR Ahmad Kassim menjelaskan semua pemimpin lama dan baharu PKR akan diberikan ruang untuk menggulung sekaligus menafikan dakwaan jadual yang tular tersebut.

Katanya kongres hari ini akan dimulakan dengan ucapan para pemimpin kanan PKR termasuk Akmal Nasir (bekas Ketua AMK), Fuziah Salleh (bekas Ketua Wanita PKR) dan Tian Chua (bekas Naib Presiden PKR).

Selepas itu kata Ahmad sesi penggulungan akan dibuat oleh Adam Adli Abdul Halim (ketua AMK), Fadhlina Sidek (ketua Wanita) dan empat Naib Presiden yang baru, diikuti Timbalan Presiden.

Presiden PKR Anwar Ibrahim pula akan menyampaikan ucapan penggulung pada akhir kongres.

Presiden PKR itu yang masih bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri (PM) semalam memberi teguran kepada Rafizi supaya menggunakan saluran parti dalam membuat kritikan dan menasihatinya supaya menghormati setiap keputusan parti tersebut.

“Sekarang ini dia (Rafizi) seolah-olah di pinggiran dan (seolah-olah) dia tidak berada dalam kepemimpinan utama. Jadi (sepatutnya) apabila ada keputusan bersama, dia mesti pertahankan.

“Jadi saya fikir sentimen disuarakannya bertentangan dengan yang kita dengar dari keseluruhannya (perwakilan), di mana mereka mahu lihat parti bersatu, kuat dan fokus menyerang musuh. Itu sentimen dalam kongres,” katanya menurut laporan media.

Rafizi semalam mengeluarkan kenyataan pedas dengan menggesa supaya ahli PKR berhenti menjadi “penggilap epal” kepada Anwar.

“Apa yang penting kepada parti dan kepimpinan baharu ialah jangan cuba ‘bodek’ (menggilap epal) Anwar atau cuba mempertahankannya.

“Anwar adalah Anwar Ibrahim dan dia tidak perlu dibela.

“Apa yang perlu dilakukan ialah merayu kepada rakyat dan cuba untuk menang,” kata Rafizi.

Berita berkaitan
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
3 jam lalu· Isu semasa
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
China sokong konsep Asian Monetary Fund dibawa Malaysia: PMX
September 17, 2023· Isu semasa
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
7 jam lalu · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
7 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
7 jam lalu · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
16 jam lalu · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
6 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok