Selepas kenal ‘hati budi’ UMNO baru PAS buat keputusan kekal dalam PN

October 19, 2022 · Politik

Pertemuan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dengan dua pemimpin tertinggi UMNO bertujuan ‘menyelami hati budi’ parti itu.

Akhirnya setelah mengetahui ‘hati budi’ UMNO dalam pertemuan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hassan itu, PAS mengambil pendirian lebih baik kekal di dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata objektif parti itu kekal di dalam PN dan menolak UMNO adalah untuk menyelamatkan negara dan penyatuan ummah, selain tidak mahu Pakatan Harapan (PH) memerintah kerana mudaratnya lebih besar.

Pertemuan empat pemimpin kedua-dua parti pada 12 Oktober lalu, menurutnya hanya membincangkan syarat yang ditetapkan Presiden UMNO kepada PAS, dan bukan tujuh pemimpin seperti dalam gambar yang disebarkan sebelum ini.

Menulis di laman Facebooknya hari ini, Ahmad Fadhli berkongsi kronologi pertemuan antara PAS-UMNO yang menjadi polemik selepas didedahkan Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, baru-baru ini.

“Saya bersaksi bahawa, Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS bercakap benar, tidak berbohong, dan tidak pernah memungkiri janji,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini (19 Oktober 2022).

Ahli Parlimen Pasir Mas itu yang juga Ketua Pemuda PN berkata gambar ketika di meja makan itu diambil ketika tetamu sampai dan duduk berbual kira-kira 10 minit sebelum tiga lagi pemimpin lain beredar.

“Saya terpanggil untuk menulis sedikit berhubung pertemuan PAS – UMNO baru-baru ini yang menjadi sedikit polemik. Sehingga ada yang mencari siapa pembohong dan siapa menipu.

“Selepas itu tiga orang yang lain pun beredar, tinggal lah empat pimpinan (iaitu) Presiden dan Timbalan Presiden PAS dan UMNO, berbincang sekitar satu jam. Kekanda saya Asyraf (Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) juga berada di luar sepanjang perbincangan,” katanya.

Mengakui beliau tidak terbabit dengan perbincangan berkenaan, Ahmad Fadhli bagaimanapun berkata semua butiran perbincangan sedemikian tetap dimaklumkan kepada ahli Jawatankuasa Harian PAS sejurus berakhir mana-mana perbincangan.

Beliau berkata, kehadiran Abdul Hadi dalam pertemuan itu “untuk menyelami hati budi UMNO” serta mendengar syarat-syarat yang dikemukakan Presiden UMNO manakala Tuan Ibrahim hadir sebagai saksi pertemuan, dan mencatat butiran perbincangan.

Katanya, beliau tidak perlu mendedahkan syarat dikemukakan namun Abdul Hadi diberikan tempoh singkat iaitu Jumaat 14 Oktober untuk memuktamadkan keputusan.

“Esoknya Khamis 13 Oktober, Mesyuarat PAS Pusat. Penuh bilik mesyuarat walaupun hari bekerja. Tidak timbul soal kerusi, tidak timbul soal Perdana Menteri.

“Yang dimusyawarahkan adalah soal hukum, apakah maslahahnya, apakah mudharatnya. Yang timbul adalah soal nasib, bukan nasib kerusi dan pimpinan (siapa kena dakwa (charge) esok, siapa kena dakwa (charge) lusa), tetapi nasib agama, bangsa, dan negara,” katanya.

Menurutnya keputusan muktamad mengenai kerjasama politik PAS dicapai selepas mesyuarat selama empat jam itu iaitu persetujuan untuk mengukuhkan PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dengan penyatuan ummah yang terbuka tetap diteruskan.

Beliau berkata, objektifnya adalah untuk menyelamatkan negara daripada terjarah bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan membawa mudarat yang lebih besar.

Justeru, beliau berharap supaya fakta yang dikemukakan itu dapat menjernihkan kekeruhan yang berlaku antara kedua-dua parti berkenaan.

Sebelum ini, Asyraf menyatakan dalam pertemuan minggu lalu, PAS memaklumkan jika bersama PN, Bersatu menjanjikan 47 kerusi boleh menang kepada parti itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu disangkal Tuan Ibrahim yang menyifatkan Asyraf Wajdi merapu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
2 jam lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
7 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
12 jam lalu· Isu semasa
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
15 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
16 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok