Selepas kena “scam”, si mulut celupar Guan Eng diam, KM cari salah syarikat swasta

Sidang media Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bersama Lim Guan Eng.

Selepas pendedahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang “discam” oleh sebuah syarikat dalam isu tawaran pemberian vaksin, bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang paling lantang bercakap perihal itu mengambil pendirian ‘mengunci mulut’ dan Ketua Menterinya pula mencari salah syarikat swasta yang menawarkan derma vaksin tersebut.

Guan Eng yang sebelum ini begitu celupar mengelar dengan pelbagai gelaran negatif terhadap kerajaan hari ini senyap, dan terpaku setelah Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan Pulau Pinang telah ditipu dalam isu itu.

Ahli Parlimen Bagan itu, sebelum ini mengamuk sakan selepas mendapat tahu apabila Pulau Mutiara itu ditawarkan dua juta dos vaksin Sinovac secara percuma Februari lalu, tetapi tidak dapat menerimanya kerana dihalang Putrajaya.

“Ini ialah jenayah kerajaan Perikatan Nasional. Anda membenarkan sumbangan politik, tetapi sumbangan vaksin tidak dibenarkan. Kepala otak dia. Bagaimana ini berlaku?

“Apabila mempunyai dua juta dos, petugas barisan hadapan, warga emas, begitu banyak nyawa boleh diselamatkan. Saya mahu mencadangkan Chow dan negeri untuk menerima dos disumbangkan itu, jika mereka (pihak berkuasa) mahu menghukum, biarkan mereka hukum. Ia adalah jenayah untuk menghalang vaksin daripada diberikan, kerana ramai orang,” katanya dalam satu sidang media lapor semalam.

Menjawab kritikan dua pemimpin DAP tersebut, Khairy hari ini mendedahkan tawaran dua juta dos vaksin Sinovac yang dikatakan ditawarkan oleh sebuah ‘syarikat yang berpangkalan di Hong Kong’ kepada kerajaan Pulau Pinang adalah “scam”.

Khairy berkata siasatan ke atas tawaran itu tidak temui sebarang keterangan yang membuktikan kewujudan syarikat berkenaan, mahupun penulis surat tawaran itu, yang memperkenalkan dirinya sebagai pengarah urusan syarikat berkenaan.

Pemeriksaan rekod syarikat di Hong Kong mendapati syarikat berkenaan tidak wujud, malah tiada sesiapa pun mengenali penulis surat itu, yang dikatakan menetap di Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula mengambil sikap mencari salah syarikat tersebut selepas pendedahan Khairy berkenaan.

Beliau hari ini, meminta pengarah syarikat itu tampil memberi penjelasan dan menunjukkan bukti bagi membersihkan nama mereka.

“Dakwaan serius itu turut mewajibkan syarikat tersebut dan pengarah yang dinamakan menteri untuk tampil bagi menolak dakwaan berkaitan.

“Bagi pihak kerajaan Pulau Pinang, kami mengambil tindakan berhemah apabila menerima tawaran vaksin berkaitan melalui surat bertarikh 1 Februari 2021 yang mana kami telah memohon pandangan daripada Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP),” katanya lapor FMT.

POPULAR