Selepas kalah kali ketiga, Asyraf kini sokong UMNO bersama DAP dalam PH

November 23, 2022 · Politik

Susulan mencatatkan kekalahan hatrik, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang sebelum ini mendiamkan diri kini tampil mempertahankan langkah UMNO untuk bersama dengan DAP dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pemuda UMNO itu berkata yang sebelum ini lantang menentang DAP dan PH, kini dilihat nampak berlembut dan menyokong langkah Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan perpaduan yang sangat diinginkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mahu menjadi Perdana Menteri (PM) ke-10.

“Ramai bertanya mengapa kepimpinan BN berada di Hotel St Regis bertemu dengan kepimpinan PN? Sebenarnya pertemuan ini selaras dengan pendirian Dewan Tertinggi BN untuk bersikap terbuka bagi bertemu dan berunding dengan dua parti gabungan terbesar PH dan PN bagi membincangkan mengenai Kerajaan Perpaduan.

“Dua hari lalu kepimpinan PH hadir bertemu dengan kepimpinan BN di Hotel Seri Pacific bagi membentangkan terma-terma dan tawaran mereka jika BN bersetuju membentuk kerajaan perpaduan bersama mereka.

“Kepimpinan PH lebih ‘gentleman’ dan beradab dengan membuat pertemuan secara rasmi dengan tujuh orang kepimpinan BN bagi menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan kepimpinan BN,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Untuk rekod, Anwar semalam berkata setuju dengan langkah membentuk kerajaan perpaduan dengan dirinya menjadi PM.

Bagaimanapun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal dengan pendirian tegas dan tidak mahu memanipulasi penyokong parti untuk bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan tersebut.

Dalam pada itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menghantar surat yang cuba menipu Yang di-Pertuan Agong dengan mengatakan kononnya 30 Ahli Parlimen BN menyokong Anwar sebagai calon PM ke-10.

Bagaimanapun tindakan tersebut didakwa membelakangi Dewan Tertinggi BN yang tidak pernah membuat keputusan sedemikian.

Satu laporan polis juga dibuat terhadap Zahid kerana didakwa cuba menipu Agong petang tadi dan mahu siasatan dijalankan terhadap beliau.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
3 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
8 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
11 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
12 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
14 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
15 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok